Ads

Zaki Yamani Penerima ‘Fresh Rising Star Terhangat AMT2026’ – “Bila Menangi Anugerah Ini, Saya Tidak Merasakan Diri Sudah Berada Pada Tahap Yang Tinggi.”

Penyanyi dan pelakon, Zaki Yamani mengakui perjalanan seninya masih panjang untuk menandingi populariti bapa yang juga penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah, meskipun baru sahaja meraih kemenangan pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026), baru-baru ini.

Menurut Zaki, kejayaan membawa pulang trofi menerusi kategori Fresh Rising Star Terhangat itu tidak membuatkan dirinya berasa sudah berada pada tahap tinggi dalam industri seni tanah air.

“Bagi saya, apabila memenangi anugerah ini, saya tidak merasakan diri sudah berada pada tahap yang tinggi. Saya masih merendah diri.

“Saya juga tidak merasakan akan dapat mengatasi populariti Jamal Abdillah.

“Boleh dikatakan ayah merupakan seorang tokoh kerana beliau antara individu senior dalam industri seni nyanyian ini,” katanya kepada MH.

Zaki berkata demikian ketika ditemui pada majlis AMT2026 yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, baru-baru ini.

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/ayah-okay-kami-berkawan-jamal-abdillah-pun-tahu-tentang-gosip-bersama-azeva-nasihat-zaki-yamani-fokus-kerjaya/

Mahu Terus Perbaiki Diri, Konsisten Berkarya

Dalam pada itu, Zaki berkata dia mahu terus memperbaiki diri dan menghasilkan karya baharu secara konsisten demi mengembangkan kerjaya seninya.

“Apa yang boleh saya lakukan adalah terus memperbaiki diri, berkarya dan berdisiplin pada setiap tahun.

“Itu termasuk menghasilkan konten serta lagu-lagu baharu.

Ads

“Seperti tahun lalu dan tahun ini, saya semakin dikenali ramai, namun itu tidak bermakna saya sudah popular,” ujarnya lagi.

Zaki Yamani Penerima ‘Fresh Rising Star Terhangat AMT2026’ - “Bila Menangi Anugerah Ini, Saya Tidak Merasakan Diri Sudah Berada Pada Tahap Yang Tinggi.” Zaki Yamani Penerima ‘Fresh Rising Star Terhangat AMT2026’ - “Bila Menangi Anugerah Ini, Saya Tidak Merasakan Diri Sudah Berada Pada Tahap Yang Tinggi.” Zaki Yamani Penerima ‘Fresh Rising Star Terhangat AMT2026’ - “Bila Menangi Anugerah Ini, Saya Tidak Merasakan Diri Sudah Berada Pada Tahap Yang Tinggi.”

Kemenangan Sebagai Pembakar Semangat

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Lekas itu menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai satu bentuk penghargaan dan pembakar semangat untuk terus berkarya dalam industri seni.

Ads

“Bagi saya, anugerah ini hanyalah satu bentuk penghargaan.

Anda mungkin berminat dengan

“Jika mahu mengatakan saya sudah mencapai tahap pengiktirafan sedemikian, rasanya belum lagi.

“Namun, nugerah ini menjadi pembakar semangat untuk saya terus berada dalam industri dan membanggakan peminat,” katanya lagi.

Terdahulu, Zaki diumumkan sebagai pemenang kategori Fresh Rising Star Terhangat pada AMT2026.

Penyanyi lagu Akur itu menewaskan beberapa calon lain termasuk Alpha, Odda, K.O.I, Daniel Fong, Zairi Azizi dna Ryenald Guntabid bagi kategori berkenaan menerusi undian dalam talian.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Fattah Amin Gembira Lihat Kemesraan Fatima & Jarir, Mula Faham Peranan...

Pelakon Fattah Amin menzahirkan rasa syukur dan bahagia melihat kemesraan yang terjalin antara anak sulungnya, Nur Fatima Aisya, dengan adiknya, Muhammad Jarir Umar. Menurut Fattah...