Ads

Fazley Cedera Waktu Main Badminton, Vida Sanggup Pulang Awal Dari China Demi Dirinya! – “Dia Siap Menyuapkan Makanan, Membasuhkan Tangan Saya.”

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa terharu dengan sikap prihatin usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang sanggup pulang lebih awal dari China selepas mengetahui dirinya mengalami kecederaan ketika menjalani latihan badminton, baru-baru ini.

Menurut Fazley, Vida turut menawarkan diri untuk menemaninya menjalani pemeriksaan doktor bagi mengetahui tahap kecederaan yang dialami.

Fazley Cedera Waktu Main Badminton, Vida Sanggup Pulang Awal Dari China Demi Dirinya! - “Dia Siap Menyuapkan Makanan, Membasuhkan Tangan Saya.”

Fazley Cedera Waktu Main Badminton, Vida Sanggup Pulang Awal Dari China Demi Dirinya! - “Dia Siap Menyuapkan Makanan, Membasuhkan Tangan Saya.”

“Saya sedang menjalani latihan sebagai persediaan untuk menyertai kejohanan badminton, namun mengalami kecederaan.

“Apa yang paling membuatkan saya terharu, Vida sepatutnya masih berada di China tetapi dia mengambil keputusan untuk pulang lebih awal.

“Dia beritahu, kepulangannya bukan sahaja untuk memberikan sokongan pada Anugerah Melodi Terhangat, tetapi juga mahu menemani saya berjumpa doktor esok (hari ini).

“Pemeriksaan itu nanti akan menentukan sama ada saya boleh meneruskan penyertaan dalam kejohanan badminton atau sebaliknya.

“Saya pun berdebar menantikan keputusannya,” katanya kepada MH.

Ads

Vida Terkejut Fazley Cedera

Sementara itu, Vida mengakui terkejut sebaik dimaklumkan mengenai kecederaan yang dialami Fazley sehingga membuatkan dirinya mahu segera pulang ke tanah air.

“Saya memang terkejut dan tertanya-tanya bagaimana perkara itu boleh berlaku.

“Tidak kira apa pun yang perlu saya lakukan, apa yang saya tahu ketika itu, saya hanya mahu berjumpa dengannya.

Fazley Cedera Waktu Main Badminton, Vida Sanggup Pulang Awal Dari China Demi Dirinya! - “Dia Siap Menyuapkan Makanan, Membasuhkan Tangan Saya.”

“Ketika itu, kami sedang saling merindui kerana saya berada di luar negara.

Ads

“Saya pula sedang merajuk dan dia juga tidak tenang sehingga terjatuh ketika bermain badminton,” ujarnya lagi.

Fazley dan Vida berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang berlangsung di Selangor International Trade Centre, Shah Alam pada Ahad.

Mengulas lanjut, Fazley tidak menafikan dirinya turut berasa kurang senang ketika kejadian memandangkan masing-masing sibuk dengan komitmen kerja sehingga tidak berkesempatan untuk bertemu.

“Dia Siap Menyuapkan Makanan, Basuhkan Tangan Saya.”

Fazley Cedera Waktu Main Badminton, Vida Sanggup Pulang Awal Dari China Demi Dirinya! - “Dia Siap Menyuapkan Makanan, Membasuhkan Tangan Saya.”

Fazley Cedera Waktu Main Badminton, Vida Sanggup Pulang Awal Dari China Demi Dirinya! - “Dia Siap Menyuapkan Makanan, Membasuhkan Tangan Saya.”

Ads

“Memang betul, ketika itu jiwa saya tidak tenang kerana sudah lama tidak berjumpa. Kami masing-masing sibuk.

Anda mungkin berminat dengan

“Ketika kaki saya terpelecok, Vida sebenarnya sedang menjalani penggambaran.

“Namun, dia sanggup meninggalkan program tersebut semata-mata untuk datang melihat keadaan saya.

“Saya rasa dia sangat ‘sweet’. Dia siap menyediakan dan menyuapkan makanan serta membasuhkan tangan saya.

“Sekarang ini memang dia sedang menjaga saya. Sanggup balik awal, tinggalkan program dan juga live. Mana nak cari orang seperti itu, bidadari syurga,” katanya lagi.

Terdahulu, Fazley dan Vida meraih perhatian warganet selepas dilihat semakin akrab ketika menyertai program Talk To My Manager 2.

Sebelum ini, Fazley memaklumkan bahawa beliau dan Vida sedang dalam perancangan menuju ke hari bahagia mereka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Andai Kata Saya Boleh Belah Badan Jadi Dua, Saya Mahu Berada...

Pelakon dan pengacara, Janna Nick mengakui dirinya turut tumpang gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi rakan artis, Bella Astillah, yang selamat melangsungkan perkahwinan bersama ahli politik, YB Syed Saddiq pada 10 Oktober lalu.