Ads

Syafiq Kyle Terus Bangkit Selepas Kehilangan Ibu & Kembali Bekerja, Mimi Lana Setia Beri Sokongan – “Untuk Rasa Teringat Itu Sudah Tentu Ada.”

Selepas sebulan kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Rohaya Sulaiman, pelakon Syafiq Kyle kini kembali memberi tumpuan terhadap komitmen kerjaya seperti biasa.

Mengakui masih merindui insan tersayang, Syafiq bagaimanapun bersyukur kerana kehadiran ahli keluarga yang sentiasa memberikan sokongan dan menjadi sumber kekuatan buat dirinya untuk meneruskan kehidupan.

Syafiq Kyle Terus Bangkit Selepas Kehilangan Ibu & Kembali Bekerja, Mimi Lana Setia Beri Sokongan - “Untuk Rasa Teringat Itu Sudah Tentu Ada.”

“Tempoh pemergian ibu saya baru sahaja genap sebulan. Saya masih meneruskan kerja-kerja yang sepatutnya dan dipertanggungjawabkan.

“Untuk rasa teringat itu sudah tentu ada. Insya-Allah saya masih ada seluruh ahli keluarga yang saling memberikan sokongan yang positif,” katanya kepada MH.

Pelakon filem Malaikat Malam itu berkata demikian ketika ditemui pada acara Nona Gala Awards 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Mimi Lana Sentiasa Berada Di Sisi Suami

Dalam pada itu, isteri Syafiq yang juga aktres, Mimi Lana, turut menzahirkan sokongan buat suaminya.

Malah, Mimi menegaskan dirinya akan sentiasa setia berada di sisi Syafiq dalam apa jua keadaan.

Ads

Syafiq Kyle Terus Bangkit Selepas Kehilangan Ibu & Kembali Bekerja, Mimi Lana Setia Beri Sokongan - “Untuk Rasa Teringat Itu Sudah Tentu Ada.”

“Saya akan sentiasa ada bersama Syafiq. Soal ajal, jodoh dan maut ketentuan Allah SWT. Insya-Allah semua yang terjadi ada hikmahnya. Doakanlah yang baik-baik untuk semua,” katanya.

Sementara itu, Syafiq turut berkongsi rasa syukur apabila filem sulung terbitannya, Baga, menerima sambutan positif daripada penonton meskipun mengetengahkan genre alternatif.

Syafiq Kyle Terus Bangkit Selepas Kehilangan Ibu & Kembali Bekerja, Mimi Lana Setia Beri Sokongan - “Untuk Rasa Teringat Itu Sudah Tentu Ada.”

“Sehingga hari ini, saya mendapat banyak respon yang positif tentang filem Baga. Saya tak sangka ramai yang menonton filem seperti ini.

Ads

“Kami di pihak produksi berasa sangat gembira kerana filem bergenra alternatif ini tetap mendapat sambutan masyarakat. Alhamdulillah tempoh tayangan di pawagam pun sudah ditambah,” kongsinya lagi.

Tidak Mahu Terikat Dengan Satu Genre Sahaja

Mengulas sama ada bakal terus menerbitkan filem dengan genre seumpama itu pada masa akan datang, Syafiq berpendapat penggiat seni tidak seharusnya terlalu terikat dengan satu genre atau bidang tertentu.

“Industri kita tidak besar. Kalau saya nak tumpu kepada satu genre atau bidang lakonan sahaja, ia membatasi karya kita untuk terus berwarna.

“Pada di Malaysia ini, ada banyak lagi kisah yang belum diceritakan. Sama ada filem box office atau tidak, yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan,” kongsinya lagi.

Ads

Dalam perkembangan lain, Mimi dan Syafiq mengakui berbesar hati apabila menerima anugerah bagi kategori Nona Style Muse di Nona Gala Awards 2026 yang berlangsung malam tadi.

Anda mungkin berminat dengan

Menurut Mimi, mereka menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai satu penghormatan dan amat menghargai kepercayaan pihak Nona yang melihat ciri berkenaan dalam diri mereka.

Syafiq Kyle Terus Bangkit Selepas Kehilangan Ibu & Kembali Bekerja, Mimi Lana Setia Beri Sokongan - “Untuk Rasa Teringat Itu Sudah Tentu Ada.”

“Kami sangat berbesar hati untuk menerima anugerah ini. Kami tidaklah merasakan diri kami ini terlalu bergaya, alhamdulillah Nona nampak kami punyai ciri itu.

“Jadi, kami akan terus berfesyen dan menjaga penampilan. Kami juga mahu sentiasa melakukan sesuatu yang positif dan menjaga kerja kita sebaik mungkin,” akhirinya.

Terdahulu, ibu kepada Syafiq telah menghembuskan nafas terakhir pada 17 Oktober lalu akibat kanser paru-paru yang dikesan sejak Disember tahun lalu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Seumur Hidup Tak Pernah Terima Sokongan Sebesar Ini,” – Aina Abdul...

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui tersentuh dengan sokongan luar biasa yang diberikan seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakan-rakan artis sepanjang penyertaannya dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.