Ads

“Takut Keluar Rumah Sebab Orang Mengata Hitam Huduh” – Vida Imbas Kenangan Cik B Usia 12 Tahun, Kini Anak Gadis Makin Pandai Jaga Penampilan

Datuk Seri Vida
Datuk Seri Vida

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida berkongsi foto lama anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Mohammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B, yang mencetuskan perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, Vida turut mengimbas kembali pengalaman anak perempuannya itu ketika berusia 12 tahun.

Pernah Hilang Keyakinan Diri

Menurutnya, Cik B pernah melalui fasa sukar apabila berasa takut untuk berhadapan dengan orang ramai susulan kata-kata negatif yang diterima.

“Zaman di mana Cik B takut keluar rumah, takut pergi sekolah sebab orang mengata Cik B hitam huduh.

“Mak jual skincare produk putih tapi anak hitam. Waktu ni Cik B berusia 12 tahun, saya paksa pakai sabun Qu Puteh Tomato tapi Cik B tak nak.

“Yela umur masih muda, tak fikir nak jaga kulit sebagainya. Hanya suka main panas,” kongsinya.

Ads

Vida yang popular dengan lagu ‘I Am Me’ itu berkongsi luahan tersebut menerusi aplikasi Threads.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/vida-kongsi-pengalaman-hadir-majlis-bass-saya-pun-lambat-sampai-tak-terfikir-cari-seat-atau-makanan-purposely-untuk-ucapkan-congratulation/

Ads

https://www.mediahiburan.my/fazley-cedera-waktu-main-badminton-vida-sanggup-pulang-awal-dari-china-demi-dirinya-dia-siap-menyuapkan-makanan-membasuhkan-tangan-saya/

“Takut Keluar Rumah Sebab Orang Mengata Hitam Huduh” - Vida Imbas Kenangan Cik B Usia 12 Tahun, Kini Anak Gadis Makin Pandai Jaga Penampilan “Takut Keluar Rumah Sebab Orang Mengata Hitam Huduh” - Vida Imbas Kenangan Cik B Usia 12 Tahun, Kini Anak Gadis Makin Pandai Jaga Penampilan

“Takut Keluar Rumah Sebab Orang Mengata Hitam Huduh” - Vida Imbas Kenangan Cik B Usia 12 Tahun, Kini Anak Gadis Makin Pandai Jaga Penampilan

Ads

Kini Lebih Pandai Menjaga Penampilan Diri

Bagaimanapun, Vida berkongsi perkembangan positif Cik B yang kini semakin mengambil berat tentang penjagaan diri, termasuk kulit wajah.

Anda mungkin berminat dengan

Malah, berbeza dengan ketika zaman kanak-kanak dahulu, Cik B kini tidak lagi perlu dipaksa untuk menggunakan produk penjagaan kulit, sebaliknya sudah mempunyai kesedaran sendiri mengenai kepentingan menjaga penampilan.

“Tapi bila dah besar, Cik B dah muka jaga diri jaga kulit muka. Tak payah paksa sendiri guna Sabun Tomato. Siap minta stock lagi tu,” jelasnya lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Boleh Tak Peniaga Jual Baju Kurung Atau Baju Raya Online, Jangan...

Pelakon dan pengacara, Janna Nick menggesa para peniaga pakaian agar tidak menggunakan foto janaan kecerdasan buatan (AI) untuk mempromosikan produk mereka secara dalam talian, seperti pakaian.