Ads

“Tidak Semua Sedih Itu Menangisnya Sama,” – Puteri Balqis Akui Watak Berat Ada Cabaran Tersendiri, Turut Respon Tentang Perancangan Kahwin

Pelakon, Puteri Balqis menyifatkan setiap watak yang dibawakannya mempunyai keunikan dan cabaran tersendiri, meskipun secara luaran ia dilihat seakan-akan membawa karakter yang hampir sama.

Jelasnya, setiap watak mempunyai lapisan emosi berbeza yang memerlukan pendekatan tersendiri, khususnya dalam menzahirkan perasaan sedih yang tidak semestinya diterjemahkan melalui tangisan semata-mata.

“Watak berat ini ada pelbagai jenis. Perasaan sedih pun ada pelbagai cara untuk kita luahkan. Tidak semua sedih itu menangisnya sama.

“Apa yang paling susah membawakan watak berat ini, kita ada berat yang lelah, putus asa dan yang betul-betul berduka. Emosi ini ada pelbagai variasi.

“Dalam drama Dua Nyawa ini, beratnya lebih kepada bila kita kena menanggung satu kesilapan yang dibuat dan telah menghancurkan semua perkara.

“Watak Farhana ini seorang yang sangat bijak dari segi akademik. Dia bukan seorang yang sepatutnya buat salah sebegitu. Namun, dia tersilap langkah juga. Karakter ini sangat menunjukkan sifat manusia,” katanya kepada MH.

Puteri Balqis berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Dua Nyawa, baru-baru ini.

Emosi Watak Ada Ketika Terbawa-Bawa Ke Dunia Nyata

Dalam pada itu, Puteri Balqis mengakui ada kalanya emosi watak yang dibawakannya turut terbawa-bawa ke kehidupan nyata berikutan komitmennya untuk memberikan penghayatan terbaik terhadap setiap karakter.

Ads

“Sedikit sebanyak perasaan itu akan terbawa-bawa bila kita membayangkan karakter itu. Bila dapat skrip, kita selalu membayangkan kehendak pengarah.

“Jadi, kemungkinan untuk terbawa-bawa watak itu sudah tentu ada. Namun, jika mental anda cukup kuat dan punyai persekitaran yang baik, saya boleh atasinya dengan baik.

“Alhamdulillah saya ada keluarga dan pasukan pengurusan yang menjaga keadaan mental saya. Saya hanya ambil masa sendiri, bertenang dan kembali bekerja semula,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai naskhah Dua Nyawa, Puteri Balqis menyifatkan drama berkenaan sebagai sebuah karya yang menggabungkan elemen realiti dan fiksyen dalam menghidupkan perjalanan watak Farhana, termasuk konflik serta kesan daripada kesilapan yang dilakukannya.

“Drama ini menggabungkan diantara realiti dan fiksyen. Ralitinya bila Farhana buat kesilapan, dia kena tanggung semua akibatnya termasuklah hilang keluarga hilang keluarga dan kawan selain dipinggirkan oleh masyarakat.

Ads

“Penulis skrip turut selitkan elemen fiksyen agar tidak terlalu berat untuk penonton. Jadi, ia turut punyai unsur percintaan dan komedi.

“Tidak Semua Sedih Itu Menangisnya Sama,” - Puteri Balqis Akui Watak Berat Ada Cabaran Tersendiri, Turut Respon Tentang Perancangan Kahwin

“Tidak Semua Sedih Itu Menangisnya Sama,” - Puteri Balqis Akui Watak Berat Ada Cabaran Tersendiri, Turut Respon Tentang Perancangan Kahwin “Tidak Semua Sedih Itu Menangisnya Sama,” - Puteri Balqis Akui Watak Berat Ada Cabaran Tersendiri, Turut Respon Tentang Perancangan Kahwin “Tidak Semua Sedih Itu Menangisnya Sama,” - Puteri Balqis Akui Watak Berat Ada Cabaran Tersendiri, Turut Respon Tentang Perancangan Kahwin

Baca Artikel Lain; 

https://www.mediahiburan.my/puzzle-terakhir-melengkapkan-bahagia-puteri-balqis-bertunang-matang-tenang-menjaga-privasi/

Ads

Bakal Berumah Tangga Tidak Lama Lagi?

“Apa yang boleh saya katakan, jangan terlalu bergantung kepada watak di dalam filem ini. Ini hanyalah fiksyen. Tak semua orang miliki ibu seperti Fauziah (Vanida Imran) dan bapa saudara seperti Fauzan (Kodi Rasheed).

Anda mungkin berminat dengan

“Tak semua orang dipertemukan dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab dan sanggup berkorban segalanya seperti Zafran (Zarif Ghazzi) dan Fawwaz (Jazmy Juma).

“Dalam kehidupan realiti banyak yang lalui situasi seperti ini. Drama ini mengajar kita untuk lebih berhati-hati dengan setiap keputusan yang kita buat,” akhirinya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai perancangannya untuk mendirikan rumah tangga pula, Puteri Balqis memberi bayangan majlis perkahwinannya dijadualkan bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Soon,” katanya ringkas.

Puteri Balqis sebelum ini difahamkan telah melangsungkan majlis pertunangan pada Ogos tahun lepas bersama lelaki pilihannya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Sedikit Sedih Tapi Tak Mengapa…,” – Tomok Hormat Keputusan Shuk,...

Penyanyi, Tomok mendedahkan dirinya sudah menerima maklum balas daripada bekas anggota New Boyz, Shuk yang memaklumkan tidak berminat untuk menyertai Konsert New Boyz ‘Meraung’ Live In Singapore yang bakal berlangsung pada 5 Disember ini.