
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan mengimbau kembali kenangan melahirkan anak perempuan tunggal kesayangannya iaitu Aaisyah Dhia Rana, ketika berusia 42 tahun.
Bersempena ulang tahun kelahiran Aaisyah yang ke-12 pada 1 November lalu, Rozita yang mesra disapa Che Ta berkongsi foto kenangan selepas melahirkan anak bongsunya itu menerusi media sosial.
Menurut Che Ta, kehadiran Aaisyah bukan sahaja melengkapkan kebahagiaan keluarga, malah menjadi pengikat kasih sayang antara dirinya dan suami, pelakon Zain Saidin.

Baca Artikel Lain;
Aaisyah Pengikat Cinta Mummy & Daddy
Mengimbas kembali pengalaman melahirkan Aaisyah, Che Ta turut mendedahkan ada pihak yang pernah mempersoalkan keputusannya untuk bersalin pada usia 42 tahun.
Bagaimanapun, Che Ta percaya rezeki Allah SWT tidak mampu dinafikan oleh sesiapa.
“12 tahun yang lalu, lahirlah pengikat cinta mummy dan daddy.
“Walau ada yang mempersoalkan bersalin pada usia 42 tahun, tetapi rezeki Allah itu tiada siapa yang boleh menidakkan,” tulisnya.
Menerusi perkongsian sama, Che Ta turut menyifatkan Aaisyah sebagai anak yang cukup manja dan istimewa dalam keluarga.
“Dialah terpaling princess dalam keluarga kami, untung Aaisyah ada daddy yang menatang seperti minyak yang penuh.
“Ada abang-abang yang layankan jer adik depa ni yang cerewet, yang demanding, yang sangat emosi dan kuat jeles,”tulisnya lagi.
Malah, pelakon drama Kiah Pekasam itu turut menitipkan doa penuh kasih agar anak perempuannya membesar menjadi insan yang solehah.
Anda mungkin berminat dengan
“Dan ada mummy yg sentiasa di sisi, membesarlah menjadi anak yang solehah ya sayang. You know Mummy would do anything for you,” titipnya.
Untuk rekod, Rozita dan Zain Saidin mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2013 sebelum dikurniakan Aaisyah pada 1 November 2014 lalu.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


