
Pelakon, Zarif Ghazzi meluahkan rasa bangga apabila diberi peluang bekerjasama dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Konsert Gema Bumantara yang berlangsung baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Zarif menyifatkan peluang tersebut sebagai satu penghormatan besar buat dirinya, apatah lagi apabila turut terlibat dalam segmen khas bersama penyanyi tersohor itu.


“Satu penghormatan dapat berkongsi pentas dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, di Konsert Gema Bumantara, termasuk satu segmen khas bersama Biduanita Negara sendiri,” tulisnya.
Anggap ‘Kurik Kundi’ Karya Penuh Makna
Dalam hantaran sama, pelakon drama Kudrat 1968 itu turut berkongsi pandangannya mengenai lagu Kurik Kundi yang disifatkan sebagai sebuah karya penuh makna.
Menurutnya, lagu tersebut membawa mesej mendalam mengenai kepentingan menghargai bahasa ibunda serta identiti bangsa.
View this post on Instagram
“Kurik Kundi is one of the songs with the deepest meanings.
“Bukan sekadar melodi, tetapi sarat dengan makna tentang bahasa Melayu, budaya dan ketinggian budi kita.
“Sebuah karya yang mengingatkan kita untuk menghargai bahasa sendiri, kerana bahasa mencerminkan siapa kita dan dari mana kita berasal,” jelasnya lagi.
Mahu Jadikan Kenangan Untuk Anak-Anak
Mengulas lanjut, pelakon drama Cela itu mengakui pengalaman berharga berkenaan bakal menjadi antara kenangan manis yang ingin dikongsikan bersama anak-anaknya pada masa hadapan.
Malah, Zarif turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjadi sebahagian daripada persembahan istimewa itu.

Anda mungkin berminat dengan
“Soon, I can tell my kids that their daddy once shared the stage with one of Malaysia’s greatest gems.
“Terima kasih kepada semua yang memberi kepercayaan dan peluang untuk menjadi sebahagian daripada persembahan istimewa ini. Saya amat menghargainya,” kongsinya.
Terdahulu, Zarif mencuri perhatian apabila tampil mengayuh beca yang dinaiki Siti Nurhaliza ketika persembahan penyanyi itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada Sabtu lalu.
Kemunculan tersebut menjadi antara momen istimewa konsert berkenaan, yang menyaksikan Zarif turut memainkan peranan dalam menjayakan persembahan Biduanita Negara itu.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

