
Pelakon Indonesia, Arya Saloka mendedahkan dia mempelajari ilmu Rukyah bagi menjayakan watak ustaz menerusi filem seram terbaharu, Munafik: Melawan Iblis.
Menurut Arya, dia memilih untuk mengulang semula pembelajaran dari peringkat Iqra bagi memastikan bacaan, tajwid serta penghayatan terhadap Al-Quran berada pada tahap yang lebih baik.


“Saya memang sudah boleh mengaji sebelum ini.
“Tetapi saya tahu Syamsul Yusof sangat lancar dan hebat ketika melafazkan ayat-ayat Al-Quran.
“Guru saya turut menonton filem Munafik versi Malaysia dan mengatakan, ‘Masya-Allah, bacaan Quran Ustaz Adam Malaysia (Syamsul Yusof) sangat bagus’.”
“Jadi itu membuatkan saya lebih termotivasi untuk belajar semula dari Iqra, memperbetulkan huruf, tajwid serta penghafalan saya,” katanya kepada MH.
Arya berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Munafik: Melawan Iblis yang berlangsung di TGV, Suria KLCC pada Rabu.


Ambil Masa Dua Bulan Mantapkan Bacaan
Mengulas lanjut, pelakon filem Pintu Pintu Syurga itu memaklumkan dia mengambil masa lebih kurang dua bulan bagi memastikan bacaan ayat Al-Quran yang dilontarkannya dapat dilakukan dengan lancar.
“Saya mengambil masa sekitar dua bulan juga untuk memantapkan bacaan dan juga lakonan.
“Saya memang menggunakan waktu di ‘workshop’ itu sebaik mungkin khususnya untuk belajar semula tentang Al-Quran,” jelasnya.
Malah, Arya turut berguru dengan seorang ustaz yang pakar dalam bidang Al-Quran dan rukyah bagi mendalami aspek berkaitan yang diperlukan untuk wataknya.


“Saya ada tenaga pengajar seorang ustaz yang sangat mahir dalam Al-Quran dan rukyah.
“Jadi saya banyak belajar dengannya, termasuk bagaimana proses rukyah itu dilakukan,” kongsinya.
Anda mungkin berminat dengan
Bagaimanapun, Arya tidak menafikan proses pembelajaran ilmu agama tersebut agak sukar buat dirinya.
“Memang cukup berat, tetapi Alhamdulillah, Allah permudahkan,” ujarnya.
Untuk rekod, Arya merupakan watak utama dalam filem Munafik: Melawan Iblis arahan pengarah Guntur Soeharjanto.
Turut membintangi filem ini adalah Acha Septriasa, Dimas Aditya, Donny Damara dan ramai lagi.
Filem terbitan Unlimited Production & Skop Productions ini boleh ditonton secara eksklusif di pawagam mulai 1 Oktober 2026.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

![Kemenangan Album [RE.HAB] Di AIM25, Aisha Retno Ulas & Percaya Penilaian Juri – “Saya Terima Segala Pendapat Dengan Hati Terbuka.”](https://cdn.mediahiburan.my/2026/10/IMG_2166-324x235.jpeg.webp)