
Pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay memilih untuk mencabar dirinya menerusi filem seram berjudul Pemuja Syaitan, yang menjadi debut pertamanya sebagai pengarah di layar perak.
Menurut Liyana, genre seram bukanlah sesuatu yang asing baginya memandangkan dia sudah banyak terlibat dalam naskhah berunsur seram sejak awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

“Saya memang suka genre seram. Daripada awal berlakon, saya memang banyak terlibat dalam naskhah seram. Saya juga mahu mencabar diri untuk filem pertama saya
“Karya ini bakal dijadikan francais dan kita mulakan dengan Pemuja Syaitan. Selepas ini, kita akan ada banyak lagi naskhah seperti ini.
“Penerbit juga memaklumkan kepada saya, karya pertama saya sebagai pengarah haruslan menerusi genre seram. Ia memang sudah dirancang,” katanya kepada MH.
‘Pemuja Syaitan’ Bakal Dikembangkan
Liyana berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan media filem Pemuja Syaitan yang berlangsung di TGV KLCC, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Katanya lagi, naskhah Pemuja Syaitan turut mendapat inspirasi daripada filem-filem bergenre teen slasher antarabangsa seperti I Know What You Did Last Summer dan Urban Legend, yang menjadi antara karya yang membentuk minatnya terhadap genre berkenaan.

“Antara inspirasi saya untuk menghasilkan filem ini adalah filem I Know What You Did Last Summer dan Urban Legend. Saya membesar menonton karya-karya seperti ini.
“Sebab itulah filem ini disetkan pada tahun 1996. Saya memang mengaja nak buat garis masa sebegitu untuk universe filem ini,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta itu memaklumkan bahawa sebagai seorang pengarah yang turut mempunyai latar belakang sebagai pelakon, aspek rasa dan emosi menjadi antara perkara utama yang diberi perhatian ketika menghasilkan filem berkenaan.

“Rasa ketika berlakon itu amat penting bagi saya. Mungkin saya ini pembikin filem yang agak ‘raw’. Saya sangat pentingkan emosi dan perasaan. Itulah yang saya cuba tonjolkan di dalam filem ini.
“Mungkin kerana saya ini seorang pelakon dan pengarah. Jadi rasa itu keutamaan saya ketika berlakon,” ujarnya.
Tidak Mahu Karya Terlalu Biasa
Mengulas mengenai babak-babak yang agak daring dalam filem tersebut, Liyana mengakui dia tidak melihat perkara berkenaan sebagai sesuatu yang perlu dielakkan. Sebaliknya, ia merupakan sebahagian daripada keberaniannya dalam menghasilkan karya yang mempunyai identiti tersendiri.

Anda mungkin berminat dengan

“Okay sahaja. Jika saya tidak mencabar sedikit batas kita, ia akan jadi bosan. Malah, bila ada cabaran seperti itu, ia akan membuatkan orang berkata dan mempersoalkan mengapa kita buat begitu.
“Jadi, kita akan tahu implikasinya nanti,” akhirinya.
Terdahulu, filem Pemuja Syaitan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober depan.
Filem berkenaan menampilkan Zul Ariffin sebagai pelakon utama, selain dibarisi pelakon lain seperti Nadhir Nasar dan Aila Azizul.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

