Ads

Pempengaruh Diva M Santuni & Potong Rambut Percuma Warga Emas, Sebak Teringat Arwah Ayah – “Allah Beri Saya Peluang Yang Sangat Besar.”

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial, Diva M, memilih pendekatan tersendiri untuk menyemarakkan semangat berkongsi rezeki dan berbakti kepada masyarakat apabila meluangkan masa menyantuni warga emas di Rumah Seri Kenangan Cheras, Kuala Lumpur, menerusi program potong rambut percuma, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan bersempena memperingati Maulidur Rasul dan Hari Merdeka itu menyaksikan Diva M bersama pasukannya di Diva Hair Salon turun padang memberikan khidmat potongan rambut kepada penghuni rumah berkenaan sebagai usaha kecil untuk menggembirakan mereka, di samping mengeratkan hubungan dengan golongan warga emas.

Pempengaruh Diva M Santuni & Potong Rambut Percuma Warga Emas, Sebak Teringat Arwah Ayah - “Allah Beri Saya Peluang Yang Sangat Besar.” Pempengaruh Diva M Santuni & Potong Rambut Percuma Warga Emas, Sebak Teringat Arwah Ayah - “Allah Beri Saya Peluang Yang Sangat Besar.” Pempengaruh Diva M Santuni & Potong Rambut Percuma Warga Emas, Sebak Teringat Arwah Ayah - “Allah Beri Saya Peluang Yang Sangat Besar.”

Kemahiran Potong Rambut Dimanfaatkan Untuk Berbakti

Bagi Diva M atau nama sebenarnya Mohd Muzakir, program berkenaan mempunyai nilai sentimental yang cukup besar kerana setiap kali melihat penghuni yang berada dalam lingkungan usia ibu bapanya, ia secara tidak langsung mengingatkan dirinya kepada kedua orang tua.

“Sebenarnya apabila saya tengok warga emas di sini, saya teringat kepada mak dan ayah. Walaupun ayah sudah tiada, saya tetap teringat kepada mak kerana usia mereka di sini lebih kurang sama dengan usia mak saya.

“Jadi saya rasa Allah berikan saya satu peluang yang sangat besar untuk membantu orang yang mungkin memerlukan kasih sayang dan perhatian seperti keluarga sendiri,” katanya.

Menurut Diva M, khidmat memotong rambut dipilih kerana ia merupakan antara kemahiran yang dimilikinya dan dirasakan boleh dimanfaatkan secara langsung untuk membantu golongan memerlukan.

“Saya ada kelebihan dalam bidang potong rambut, jadi saya fikir kenapa tidak saya gunakan kemahiran yang saya ada untuk membantu orang lain.

“Mungkin bagi sesetengah orang, potong rambut itu perkara kecil, tetapi bagi saya ia sangat berharga kerana bukan semua orang mempunyai kemahiran ini,” katanya lagi.

Ads

Program itu turut menjadi pengalaman pertama buat Diva M menganjurkan aktiviti potong rambut secara khusus di rumah warga emas.

Pempengaruh Diva M Santuni & Potong Rambut Percuma Warga Emas, Sebak Teringat Arwah Ayah - “Allah Beri Saya Peluang Yang Sangat Besar.” Pempengaruh Diva M Santuni & Potong Rambut Percuma Warga Emas, Sebak Teringat Arwah Ayah - “Allah Beri Saya Peluang Yang Sangat Besar.” Pempengaruh Diva M Santuni & Potong Rambut Percuma Warga Emas, Sebak Teringat Arwah Ayah - “Allah Beri Saya Peluang Yang Sangat Besar.”

Malah bapa kepada seorang cahaya mata itu turut mengakui tersentuh ketika kali pertama memulakan khidmat kebajikan tersebut.

“Ini kali pertama saya buat program potong rambut bersama penghuni warga emas. Masa pertama kali potong rambut tadi, ada rasa nak menangis.

“Sebab saya rasa seperti diberikan satu peluang yang sangat besar dalam hidup untuk melakukan sesuatu yang baik kepada orang lain,” katanya.

Ads

Hasrat Jadikan Program Amal Sebagai Aktiviti Berkala

Lebih bermakna, Diva M turut menyatakan hasrat untuk menjadikan aktiviti tersebut sebagai usaha berterusan dan bukan sekadar program yang bermusim.

Dia turut merancang untuk kembali ke Rumah Seri Kenangan Cheras secara berkala, sekurang-kurangnya setiap bulan atau mengikut kelapangan masa, bersama pasukannya bagi memberikan perkhidmatan potong rambut kepada penghuni.

“Insya-Allah saya akan buat lagi. Selagi saya sihat, saya akan cuba luangkan masa untuk datang setiap bulan.

“Kalau tidak dapat setiap bulan, sekurang-kurangnya dalam tempoh dua bulan sekali saya akan cuba datang bersama pasukan saya untuk potong rambut penghuni di sini,” katanya.

Seramai kira-kira 15 orang anggota pasukan Diva M, termasuk pembantu peribadi dan anaknya, turut serta dalam program berkenaan.

Ads

Baca Artikel Lain;

Anda mungkin berminat dengan

https://www.mediahiburan.my/diva-m-buang-implan-payudra-selepas-15-tahun-syukur-tak-buat-pembedahan-kekal-saya-pernah-mimpi-mati-dalam-keadaan/

Pempengaruh Diva M Santuni & Potong Rambut Percuma Warga Emas, Sebak Teringat Arwah Ayah - “Allah Beri Saya Peluang Yang Sangat Besar.” Pempengaruh Diva M Santuni & Potong Rambut Percuma Warga Emas, Sebak Teringat Arwah Ayah - “Allah Beri Saya Peluang Yang Sangat Besar.” Pempengaruh Diva M Santuni & Potong Rambut Percuma Warga Emas, Sebak Teringat Arwah Ayah - “Allah Beri Saya Peluang Yang Sangat Besar.”

Sementara itu, wakil Rumah Seri Kenangan Cheras menzahirkan penghargaan kepada Diva M dan pasukannya atas kesudian meluangkan masa memberikan khidmat potong rambut secara percuma kepada para penghuni.

“Pihak Rumah Seri Kenangan Cheras mengucapkan ribuan terima kasih kepada Diva M atas program amal pada hari ini. Kami sangat terharu dengan usaha yang dilakukan kerana program potong rambut seperti ini memberi manfaat kepada penghuni kami,” katanya.

Beliau berkata, pihak Rumah Seri Kenangan Cheras amat mengalu-alukan sekiranya Diva M dapat meneruskan program tersebut pada masa akan datang.

Rumah Seri Kenangan Cheras kini menempatkan kira-kira 170 orang penghuni, sekali gus menggalakkan penglibatan pelbagai pihak luar bagi membantu menyediakan aktiviti dan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan warga emas.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

25 Tahun Dalam Industri, Hafiz Hamidun Lancar Album Baharu Pada Rabiulawal...

Demi merealisasikan keseluruhan penggambaran muzik video bagi album terbaharu berjudul Salawat The Beloved, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun menjalinkan kolaborasi dengan beberapa jenama bagi...