
Pelakon Datin Seri Zizie Izette memberikan reaksi dan pendapatnya susulan dakwaan segelintir pihak yang beranggapan dirinya terlalu cepat ‘move on’ dan tidak lagi berada dalam fasa kesedihan selepas pemergian suami yang juga tokoh politik, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Menurut Zizie, orang luar boleh berkata apa sahaja kerana mereka tidak berada di tempatnya selain tidak melalui sendiri perjalanan yang ditempuhsejak kehilangan insan tersayang.

“Bila orang kata, ‘kejapnya dia sedih’, saya hanya tersenyum. Hampir setahun mungkin kelihatan singkat pada pandangan orang luar, tetapi hanya saya yang tahu betapa panjang dan beratnya sesetengah hari yang saya lalui,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan oleh pelakon drama Good Morning Cikgu itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Pilih Bangkit Demi Meneruskan Kehidupan
Jelas Zizie lagi, walaupun hatinya masih diselubungi kesedihan, dia memilih untuk meneruskan kehidupan demi keluarga yang disayangi.

“Ia memerlukan banyak keberanian untuk bangkit dan kembali merasakan diri saya seperti dahulu.
“Melihat saya tersenyum bukan bermakna saya sudah berhenti berduka. Ia hanya bermakna saya memilih untuk tidak berhenti menjalani kehidupan.
“Duka dan bahagia boleh wujud dalam hati yang sama,” kongsinya lagi.
Hampir Setahun Sejak Pemergian Bung Moktar
Untuk rekod, Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009.
Anda mungkin berminat dengan

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, selain turut membesarkan dua anak angkat.
Bung Moktar meninggal dunia pada 5 Disember 2025 di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

