Ads

“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir & Allahyarhamah Tun Hasmah, 1% Pun Tak Sampai,” – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menganggap dirinya dan bakal isteri, Bella Astillah tidak layak untuk dibandingkan dengan pasangan negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Mengulas mengenai pandangan segelintir pihak yang menyamakan kisah cinta mereka dengan pasangan berkenaan, Syed Saddiq menegaskan bahawa perbandingan itu terlalu jauh untuk dibuat.

“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir & Allahyarhamah Tun Hasmah, 1% Pun Tak Sampai,” – Syed Saddiq

“Saya rasa kami tidak layak untuk dibandingkan dengan Allahyarhamah dan juga Tun Dr. Mahathir. Tidak dekat pun, malah tidak sampai satu peratus kerana kalau kita lihat jasa mereka, ia memang luar biasa,” katanya.

Kenang Jasa Dan sumbangan Tun Dr Siti Hasmah

Menurut Saddiq, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah merupakan antara tokoh perintis yang wajar dijadikan contoh, khususnya menerusi sumbangan beliau dalam bidang perubatan serta usaha memperkasakan pendidikan masyarakat di luar bandar.

“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir & Allahyarhamah Tun Hasmah, 1% Pun Tak Sampai,” – Syed Saddiq

“Tun Dr Siti Hasmah salah seorang doktor wanita terawal yang memberikan inspirasi kepada wanita. Beliau satu-satunya doktor wanita dalam kelompoknya ketika itu di Singapura dan mendapat biasiswa.

“Bila pulang untuk berkhidmat, pada awalnya beliau berada di kota, tetapi apabila diberikan ujian dan cabaran untuk dihantar ke kawasan luar bandar, beliau tidak mengeluh.

Ads

“Beliau pergi membantu dan mendidik keluarga serta anak-anak di sana untuk menerima pendidikan moden. Beliau adalah antara yang terawal dan perintis,” katanya.

Dalam pada itu, Saddiq turut mengakui jasa dan sumbangan Tun Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri terhadap negara cukup besar serta tidak dapat dinafikan.

“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir & Allahyarhamah Tun Hasmah, 1% Pun Tak Sampai,” – Syed Saddiq

“Tun Dr Mahathir lagilah. Saya rasa saya tidak perlu menyenaraikan satu per satu pencapaian dan jasa beliau kepada negara yang sehingga hari ini kita masih menerima manfaatnya.

“Jadi, sejujurnya, bagi mereka yang berkongsikan perkara ini, saya tahu ia datang daripada niat yang baik. Tetapi jawapan kami, kita tidak layak untuk disamakan kerana mereka jauh lebih ke hadapan daripada kami,” katanya.

Ads

“Kami Baru Hendak Menulis Muka Surat Pertama.”

Malah, Saddiq turut berpandangan bahawa perbandingan dari sudut keutuhan cinta juga masih belum setara, apatah lagi mereka berdua baru sahaja bakal melangkah ke alam perkahwinan.

“Saya tahu mungkin ada yang kata, ‘Oh, tetapi bukan daripada sudut sumbangan kepada negara, mungkin daripada sudut cinta.’ Itu pun saya rasa kami tidak layak.

“Kerana kami ini baru hendak berkahwin, hendak menghalalkan hubungan. Mereka ini sudah 70 tahun meraikan cinta dan kebijaksanaan bersama. Kami belum sampai pun 25 tahun, baru hendak membuka bab atau buku yang pertama.

“Kalau kita ibaratkan seperti sebuah buku, kami baru hendak menulis muka surat pertama. Mereka bukan sekadar menulis muka surat pertama, mungkin mereka sudah mempunyai perpustakaan sendiri yang boleh berkongsikan kisah cinta mereka. Bukan satu buku, tetapi sudah beribu-ribu buku,” katanya.

Tambahnya, hubungan rapatnya dengan pasangan negarawan itu membuatkannya mahu mengambil iktibar dan kebaikan daripada lipatan sejarah hidup mereka.

Ads

“Ini sesuatu yang sangat peribadi kerana saya tahu dan kami juga sangat dekat dengan mereka. Kami tahu betapa jauh lebih banyak pengalaman dan perjalanan yang mereka lalui berbanding kami. Apa yang kami boleh lakukan adalah mendapatkan sedikit sebanyak inspirasi daripada mereka.

Anda mungkin berminat dengan

“Jadi, walaupun dalam perkara yang paling kecil, jika kami dapat mengambil walaupun satu peratus daripada kebaikan dan jasa yang mereka sumbangkan, itu pun sudah menjadi satu nikmat yang luar biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Saddiq turut mengajak orang ramai untuk terus mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah serta kesihatan Tun Dr Mahathir.

“Kami Tak Layak Dibandingkan Dengan Tun Mahathir & Allahyarhamah Tun Hasmah, 1% Pun Tak Sampai,” – Syed Saddiq

“Dengan apa yang berlaku baru-baru ini, saya berharap kita sentiasa berdoa supaya Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di jannah dan terus berdoa supaya Tun Dr Mahathir kembali pulih sepenuhnya.

“Ia bukan satu proses yang mudah untuk beliau dan keluarga. Saya berharap dengan doa kita semua serta semangat yang kita berikan, beliau akan kembali lebih kuat, insya-Allah,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Syed Saddiq & Bella Astillah Bakal Anjur Resepsi Bertemakan Kenduri Rakyat,...

Pasangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah bakal mengadakan dua majlis resepsi bertemakan Kenduri Rakyat di kampung halaman masing-masing, iaitu di Muar, Johor dan Kota Kinabalu, Sabah.