
Pendakwah bebas, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bayaran balik dilakukan dalam bentuk tiket wayang membabitkan jenama Nunha.
PU Riz yang juga suami kepada selebriti, Neelofa turut menegaskan komitmen pihak syarikat untuk menyelesaikan setiap aduan pelanggan secara telus dan bertanggungjawab.
Menurut PU Riz, dakwaan berkenaan amat dikesali kerana berpotensi menimbulkan persepsi negatif terhadap syarikat dan jenama Nunha, sedangkan pihaknya sentiasa terbuka untuk menangani sebarang isu yang dibangkitkan pembeli.
“Pertama sekali, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa tiket wayang tidak diganti sebagai bayaran balik.
“Dakwaan sedemikian amat dikesali dan tidak sepatutnya dibuat tanpa mengambil kira fakta serta penjelasan daripada pihak kami,” jelasnya.
Baca Artikel Lain;

Nunha Ambil Tindakan Sewajarnya
Dalam pada itu, PU Riz menegaskan, pihak Nunha sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi melaksanakan proses bayaran balik kepada pembeli yang berhak.
Malah PU Riz turut memberi jaminan bahawa pihak syarikat tidak akan menghalang atau menyekat permohonan bayaran balik yang dibuat mengikut proses ditetapkan.
Bagaimanapun jelasnya, memang terdapat persetujuan untuk menukar akad pembelian kepada barangan, namun perkara itu hanya dilaksanakan berdasarkan persetujuan pembeli dan bukannya secara paksaan.
Sekiranya pembeli tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan, proses bayaran balik akan diteruskan.
“Prinsip kami jelas. Sebarang pertukaran akad kepada barangan mestilah mendapat persetujuan pembeli sepenuhnya.
Anda mungkin berminat dengan
“Jika pembeli tidak bersetuju, proses bayaran balik akan dilaksanakan. Kami mahu perkara ini diselesaikan dengan baik, telus dan adil kepada semua pihak,” kongsinya lagi.
Minta Semua Dapatkan Penjelasan Berdasarkan Fakta
Sehubungan itu, pihaknya berharap agar orang ramai memberikan ruang kepada syarikat untuk menyelesaikan perkara berkenaan menerusi saluran yang sewajarnya.
Pihak syarikat turut menggalakkan semua pihak mendapatkan penjelasan berdasarkan fakta sebelum membuat sebarang kesimpulan berhubung isu berkenaan.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

