Ads

PU Riz & Neelofa Satukan 800 Peserta Dalam Program Rumah Tangga – “Bukan Sekadar Bahagia Bersama Pasangan, Tetapi…”

Bukan sekadar hadir untuk mendengar, kira-kira 800 peserta yang menyertai program Rumah Tangga Sekadar Dunia Atau Selamanya anjuran Nunha pada 19 September lalu dibawa menyelami sisi lebih mendalam mengenai kehidupan berumah tangga sehingga ada yang tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata.

Program yang diasaskan pasangan suami isteri terkenal, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz dan Neelofa itu menjadi ruang untuk peserta berhenti seketika daripada kesibukan dunia, bermuhasabah serta kembali melihat makna sebenar sebuah perkahwinan dari sudut agama dan kehidupan.

Sarat Perkongsian & Refleksi

Suasana penuh emosi itu tercetus menerusi perkongsian ilmu, peringatan dan refleksi yang menyentuh pelbagai sisi kehidupan pasangan, termasuk soal pengorbanan, kesetiaan, kesabaran, amanah serta usaha mempertahankan institusi keluarga.

Tangisan yang mengiringi program itu seolah-olah menggambarkan bagaimana setiap individu hadir dengan kisah dan perjalanan masing-masing, namun disatukan oleh satu persoalan besar iaitu adakah rumah tangga yang dibina sekadar untuk kehidupan di dunia atau menjadi jalan menuju kehidupan yang kekal?

Bagi Neelofa, program berkenaan menjadi satu pertemuan yang cukup bermakna apabila hati peserta disatukan untuk belajar, merenung dan saling mengingatkan.

“Alhamdulillah untuk setiap detik, setiap peringatan dan setiap perkongsian ilmu. Ini adalah satu pertemuan yang indah apabila banyak hati disatukan untuk belajar, merenung dan diingatkan kembali. Saya sangat bersyukur atas setiap nikmat Allah, kecil mahupun besar, yang kita sedar mahupun tidak,” katanya.

Ads

Menurut Neelofa, antara nikmat terbesar yang disyukuri ialah apabila masih diberikan peluang dan ruang untuk terus menghidupkan pentas dakwah.

“Semoga setiap perkongsian yang disampaikan menjadi asbab kebaikan, bukan hanya untuk yang mendengar, tetapi terlebih dahulu untuk diri sendiri.

“Semoga Allah terus izinkan, terus pimpin dan terus gunakan kita dalam jalan yang Dia redhai,” katanya lagi.

PU Riz & Neelofa Satukan 800 Peserta Dalam Program Rumah Tangga - “Bukan Sekadar Bahagia Bersama Pasangan, Tetapi…” PU Riz & Neelofa Satukan 800 Peserta Dalam Program Rumah Tangga - “Bukan Sekadar Bahagia Bersama Pasangan, Tetapi…” PU Riz & Neelofa Satukan 800 Peserta Dalam Program Rumah Tangga - “Bukan Sekadar Bahagia Bersama Pasangan, Tetapi…” PU Riz & Neelofa Satukan 800 Peserta Dalam Program Rumah Tangga - “Bukan Sekadar Bahagia Bersama Pasangan, Tetapi…” PU Riz & Neelofa Satukan 800 Peserta Dalam Program Rumah Tangga - “Bukan Sekadar Bahagia Bersama Pasangan, Tetapi…”

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/sebaik-baik-manusia-ialah-yang-belajar/

PU Riz Harap Ilmu Dibawa Pulang

PU Riz pula menyifatkan program berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha Nunha untuk mewujudkan ruang pembelajaran dan peringatan yang dekat dengan realiti kehidupan masyarakat.

Ads

“Saya berharap setiap ilmu yang dikongsikan tidak terhenti di dalam dewan, sebaliknya dibawa pulang untuk diamalkan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam hubungan suami isteri dan keluarga.

Anda mungkin berminat dengan

“Bagi kami, rumah tangga bukan sekadar  mencari bahagia bersama pasangan, tetapi sebuah amanah yang perlu dipelihara dengan ilmu, iman dan kesediaan untuk saling memperbaiki diri demi mencari reda Allah SWT,” katanya.

Program yang berlangsung dari pagi hingga malam itu turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datin Seri Dr Wan Azizah.

Selain PU Riz dan Neelofa, pasangan selebriti lain yang turut terbabit ialah Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri serta Nabil Ahmad dan isteri.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

2 Minggu Bersama Ibu Berakhir, Sajat Kamaruzzaman Tidak Dapat Tahan Air...

Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.