
Bukan sekadar berkongsi kemeriahan sebuah majlis perkahwinan, Astro tampil membawa penonton menyelami perjalanan pasangan popular, Bella Astillah dan Syed Saddiq dari sisi yang lebih dekat menerusi siri istimewa, Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq.
Daripada debaran menanti hari bahagia, helaian persiapan yang penuh cerita, momen bersama keluarga tercinta hinggalah detik melangkah ke alam perkahwinan, setiap satunya dirakam sebagai sebuah perjalanan yang sarat dengan kenangan.
Menerusi lapan episod yang mula ditayangkan sejak 6 Oktober lalu, penonton bukan sahaja berpeluang menyaksikan sisi di sebalik persiapan pasangan ini menuju hari bahagia, malah turut diajak mengintai lembaran baharu kehidupan mereka selepas bergelar suami isteri.

Menurut Bella, peluang ini turut memberi ruang buat dirinya berkongsi kisah peribadi bersama Syed Saddiq dengan lebih terperinci, sesuatu yang sebelum ini tidak pernah dilakukan secara terbuka.

“Perjalanan saya bersama Astro juga sudah agak lama. Bila pertama kali kita adakan pertemuan, saya agak takut juga.
“Saya tertanya sesuai ke kisah kami ini jadi tatapan umum.
“Seperti semua tahu, kami memang selalu adakan sesi siaran langsung di media sosial tapi kami tak pernah kongsikan secara terperinci mengenai kisah kami.
“Pada saya, ini adalah kolaborasi sempurna. Selepas ini, saya boleh berkongsi dengan peminat. Saya memang nak cerita sebelum ini tapi saya risau penerimaan orang akan berbeza,” katanya kepada MH.
Lebih menarik, detik penyatuan mereka pada 10 Oktober 2026 bakal disiarkan secara langsung di Astro selama dua jam menerusi episod ketiga Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq.

Menurut Naib Pengerusi Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, pihaknya berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk mengabadikan perjalanan istimewa pasangan berkenaan.

“Bagi kami, satu penghormatan apabila diberi kepercayaan untuk mengabadikan perjalanan istimewa ini dan membolehkan seluruh Malaysia menyaksikan detik-detik tersebut secara eksklusif hanya di Astro.
“Kami berharap Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq dapat menjadi satu perjalanan yang dinikmati bersama, bermula daripada debaran menuju hari bahagia, detik mereka disatukan, hinggalah melangkah ke fasa kehidupan baharu,” katanya.
Empat Episod Terakhir Papar Kehidupan Selepas Ijab Kabul
Bukan setakat itu, Astro turut membawakan kemeriahan majlis resepsi pertama Bella Astillah dan Syed Saddiq yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur pada 18 Oktober ini.

Sementara itu, perjalanan pasangan terbabit turut diteruskan dengan dua majlis resepsi berkonsepkan ‘Kenduri Rakyat’ yang akan diadakan di Muar, Johor pada 25 Oktober ini.
Sebuah lagi majlis resepsi bakal diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 31 Oktober bersama keluarga, kenalan dan peminat Bella.
Lebih menarik, empat episod terakhir bakal memperlihatkan kehidupan Bella dan Syed Saddiq selepas bergelar suami isteri yang dijangka bakal ditayangkan menjelang sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun hadapan.

Selain menyaksikan kisah Bella dan Syed Saddiq menerusi siri istimewa ini, peminat turut berpeluang memenangi hadiah bernilai RM1,000 menerusi kempen “Snap, Share & WIN bersama BASS”.
Caranya mudah, hanya bergambar bersama standee Bella dan Syed Saddiq yang ditempatkan di Astro Experience Stores serta kiosk terpilih di seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

Kongsikan foto tersebut di media sosial secara terbuka dengan tanda pagar #BellaSyedYes serta tag @AstroMalaysia dan @sookaMalaysia, sebelum mengimbas kod QR pada standee untuk melengkapkan penyertaan.
Lima pemenang bertuah bakal membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 yang diinspirasikan daripada momen bachelorette Bella.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Oktober ini.
Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq bukan sekadar dokumentasi sebuah majlis perkahwinan, sebaliknya menjadi rakaman perjalanan dua individu daripada latar berbeza yang kini memulakan kehidupan baharu bersama.
Buat yang ingin mengikuti perkembangan BellaSyedYes dengan lebih dekat, jangan lepaskan peluang untuk ke pautan BellaSyedYes dan berpeluang untuk berkongsi ucapan dan soalan kepada pasangan ini!
Saksikan Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq bermula 6 Oktober, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (saluran 104), serta boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.
Siaran langsung majlis nikah mereka pula boleh disaksikan pada 10 Oktober 2026, Sabtu, jam 9 pagi menerusi Astro Ria, Astro Prima, Astro AWANI, Sooka, Astro GO serta platform digital Astro Gempak dan Astro Malaysia.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

