Ads

“Saya Serahkan Segalanya Kepada Tuhan. Pada Saya, Rezeki Sebagai Manusia, Tak Pernah Salah Alamat,” – Ella

Tidak dinafikan, ada dalam kalangan peminat yang mempersoalkan mengapa Ratu Rock Negara, Ella masih belum dikurniakan gelaran ‘Datuk’ meskipun sudah 40 tahun mencurahkan bakti dalam industri muzik.

Bagaimanapun bagi Ella, dia tidak mengharapkan sebarang bentuk pengiktirafan atas sumbangan yang diberikan.

Sebaliknya Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, memilih untuk terus cuba memberikan yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan, selain menyerahkan soal rezeki dan ketentuan hidup kepada Allah SWT.

“Saya Serahkan Segalanya Kepada Tuhan. Pada Saya, Rezeki Sebagai Manusia, Tak Pernah Salah Alamat,” - Ella

“Saya gembira bagi rakan artis yang sudah pun meraih gelaran tersebut. Saya sebenarnya tiada komen langsung mengenai hal ini. Saya sebenarnya tidak mengharapkan sebarang pengiktirafan.

“Saya serahkan segalanya kepada Allah SWT. Pada saya, rezeki sebagai manusia, tidak pernah salah alamat.

“Bila mana kita bercakap soal rezeki, walau apapun yang terjadi, rezeki kita tetap ada di situ. Kita hanya mengharapkan yang terbaik,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Sepi Sekumtum Mawar Merah itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis Malam Penghargaan Sri Wirama di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, Subang Jaya, pada Rabu.

Ads

“Saya Serahkan Segalanya Kepada Tuhan. Pada Saya, Rezeki Sebagai Manusia, Tak Pernah Salah Alamat,” - Ella

Hargai Jasa 50 Insan Di Sebalik Perjalanan Seni

Mengulas mengenai penganjuran majlis berkenaan, Ella menjelaskan inisiatif itu diadakan bagi menghargai jasa dan sumbangan semua pihak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaannya sepanjang empat dekad bergelar anak seni.

Menurutnya lagi, sokongan dan sumbangan insan-insan hebat inilah yang menjadi antara faktor penting sehingga dirinya menerima pengiktirafan tertinggi, Anugerah Sri Wirama, pada majlis berprestij Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), baru-baru ini.

“Saya Serahkan Segalanya Kepada Tuhan. Pada Saya, Rezeki Sebagai Manusia, Tak Pernah Salah Alamat,” - Ella “Saya Serahkan Segalanya Kepada Tuhan. Pada Saya, Rezeki Sebagai Manusia, Tak Pernah Salah Alamat,” - Ella

“Bagi saya, kejayaan seorang penggiat seni bukanlah hasil usaha dirinya sendiri
semata-mata.

Ads

Di sebalik setiap lagu, persembahan dan perjalanan kerjaya, ada ramai insan yang bekerja keras, memberikan sokongan dan memainkan peranan penting, walaupun nama mereka tidak selalu disebut,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ella menyifatkan penganjuran majlis penghargaan itu sebagai peluang untuk berkongsi kegembiraan dan pengiktirafan yang diterimanya bersama individu-individu yang banyak menyumbang kepada perjalanan seninya selama ini.

“Saya Serahkan Segalanya Kepada Tuhan. Pada Saya, Rezeki Sebagai Manusia, Tak Pernah Salah Alamat,” - Ella

“Selepas 40 tahun dalam industri muzik dan menerima Anugerah Sri Wirama, saya rasa inilah masanya untuk saya berkongsi penghargaan ini dengan mereka yang telah menjadi sebahagian daripada kerjaya seni saya.

“Saya mahu meraikan mereka yang selama ini banyak menyumbang kepada kerjaya dan kejayaan saya, kerana mereka juga layak diraikan dan dihargai,” kongsinya lagi.

Ads

Harap Jadi Inspirasi Kepada Penggiat Seni Lain

Malah, Ella positif sekiranya penganjuran majlis berkenaan mampu menjadi inspirasi kepada penggiat seni lain untuk tidak melupakan jasa insan-insan yang menjadi sebahagian daripada perjalanan dan kejayaan mereka dalam industri hiburan.

Anda mungkin berminat dengan

“Saya Serahkan Segalanya Kepada Tuhan. Pada Saya, Rezeki Sebagai Manusia, Tak Pernah Salah Alamat,” - Ella

“Saya berharap usaha ini dapat menjadi inspirasi kepada artis-artis lain untuk turut menghargai insan-insan yang berjasa dalam perjalanan seni mereka.

“Kerana di sebalik kejayaan seorang artis, ada ramai insan yang turut menjayakannya,” akhirinya.

Seramai 50 penerima daripada pelbagai bidang diiktiraf menerusi inisiatif ini, termasuk pemuzik, komposer, penulis lirik, penerbit muzik, pengamal media, penggiat kreatif, pasukan pengurusan, keluarga serta komuniti peminat.

Antara nama besar yang turut diraikan termasuk Datuk Ramli Sarip, Datuk M. Nasir, Datuk Amy Search, Datuk Habsah Hassan, Tam Spider dan Saari Amri, selain beberapa nama penggiat industri lain yang menyumbang kepada perjalanan seni Ella.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Mengenai Pencalonan Dan Sebagainya Kalau Ada, Alhamdulillah. Kalau Tiada Pun Saya...

Pelakon, Zul Ariffin mengakui tidak berasa kecewa apabila namanya gagal tembus dalam senarai ‘Top 5’ dalam pencalonan Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35).