Ads

Ernie Zakri Dedah Sebab ATMA Hanya Ada 7 Lagu, Setiap Satu Ada Cerita…Tampil Lebih Gelap & Sarat Emosi

Menampilkan sisi yang lebih gelap dan sarat dengan luahan emosi, penyanyi Ernie Zakri memberi kebebasan kepada pendengar untuk menginterpretasikan sendiri makna di sebalik keseluruhan penceritaan album terbaharunya, ATMA.

Bagi Ernie, setiap lagu yang dimuatkan dalam album berkenaan mempunyai ruang tersendiri untuk ditafsirkan berdasarkan pengalaman dan emosi pendengar, tanpa perlu terikat dengan kisah sebenar yang menjadi inspirasi di sebalik penghasilannya.

“Biarlah Orang Berteka-Teki.”

Ernie Zakri Dedah Sebab ATMA Hanya Ada 7 Lagu, Setiap Satu Ada Cerita…Tampil Lebih Gelap & Sarat Emosi

“Saya selalu bagitahu peminat, segala interpretasi mereka adalah pendirian peribadi. Jika anda nak berpandangan sebegitu, terpulanglah. Mungkin ada yang berfikir saya telah dikhianati sebelum ini.

“Saya benarkan pandangan seperti itu. Pada saya ATMA ini sangat rapuh. Pelbagai emosi yang anda boleh sangkakan. Mungkin anda boleh agak saya menulis tentang apa dan untuk siapa.

“Saya akan biarkan sebegitu. Inilah keistimewaan ATMA. Biarlah orang berteka-teki. Saya mewakili orang-orang di luar sana.

“Kadan-kadang, ada orang yang buat salah dengan kita tapi mereka tidak minta maaf.

“Lagu-lagu di dalam Atma ada menceritakan hal ini. ATMA ini sangat bebas. Rasalah dengan jiwa anda sendiri,” katanya kepada MH.

Ads

Isteri kepada penyanyi, Syamel itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis prapendengaran album ATMA, baru-baru ini.

Ernie Zakri Dedah Sebab ATMA Hanya Ada 7 Lagu, Setiap Satu Ada Cerita…Tampil Lebih Gelap & Sarat Emosi

Dalam pada itu, Ernie turut mengulas mengenai keputusannya menghasilkan album ATMA yang hanya memuatkan tujuh buah lagu, sekali gus menegaskan bahawa kekuatan sesebuah karya tidak seharusnya diukur berdasarkan jumlah lagu atau durasi semata-mata.

Ernie menambah, perubahan landskap industri muzik ketika ini memberikan lebih banyak pilihan kepada pendengar untuk menikmati karya mengikut cita rasa masing-masing, berbeza dengan era terdahulu.

Ernie Zakri Dedah Sebab ATMA Hanya Ada 7 Lagu, Setiap Satu Ada Cerita…Tampil Lebih Gelap & Sarat Emosi

Ads

“Apabila bergelar penyanyi, kita diberikan kebebasan untuk berkarya. Mungkin di zaman senior-senior saya dahulu, mereka keluarkan album yang mengandungi 11 hingga 15 buah lagu.

“Bila kita beli kaset, kita tak boleh langkau lagu-lagunya. Mereka kena dengar keseluruhan badan album itu. Ketika ini, pendengar ada banyak pilihan.

“Saya sudah pernah keluarkan album yang ada 10 hingga lapan buah lagu. Namun, pendengar tetap ada pilihan sendiri. Kini, saya berikan pendengar pilihan-pilihan lagu yang kuat menerusi lima lagu ini.

“Pada saya setiap karya itu tidak bergantung kepada durasi dan jumlah lagu yang seharusnya,” kongsinya lagi.

Tidak Percaya Konsep ‘Filler Song’

Sementara itu, Ernie menegaskan, dirinya tidak percaya dengan konsep filler song dalam sesebuah album kerana menganggap tindakan sedemikian seolah-olah tidak menghargai usaha komposer, selain tidak adil terhadap karya yang dihasilkan.

Ads

Ernie Zakri Dedah Sebab ATMA Hanya Ada 7 Lagu, Setiap Satu Ada Cerita…Tampil Lebih Gelap & Sarat Emosi

Anda mungkin berminat dengan

“Saya tidak percaya kepada filler song. Ia tindakan yang salah. Kenapa nak ada filler song di dalam album? Bagaimana perasaan-perasaan komposer bila kita kata lagu mereka sekadar filler sahaja?

“Adakah lagu mereka sekadar cukupkan quota sahaja? Pandangan ini datang seiring dengan pengalaman yang pernah saya lalui sebelum ini.

“Saya ada beberapa filler song sebelum ini. Bila saya sudah menyanyi sesedap mungkin tapi orang tak tahu. Itu antara cabaran yang bukan saya sahaja lalui tetapi juga kawan-kawan saya.

“Kini, kita ada platform penstriman. Mereka buka album tapi hanya nak dengar track 4 sahaja. Jika saya buat lima lagu sahaja, saya tak kata mereka dengar semua tapi saya bagi pilihan yang kuat. Dari track pertama hingga ke 7, ada jalan ceritanya,” akhirinya.

ATMA yang mengadungi tujuh buah lagu kini boleh didengari di seluruh platform penstriman.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Diva M Hadiahkan Honda Civic Hatchback RM100,000 Buat Pekerja Setia, Dibayar...

Usahawan dan pempengaruh, Diva M, memberikan kejutan kepada salah seorang pekerjanya yang telah berkhidmat lebih lima tahun apabila menghadiahkan sebuah Honda Civic hatchback bernilai...