
Dalam meniti perjalanan kerjaya yang tidak sunyi daripada perhatian umum, pelakon Ruhainies memilih untuk terus melangkah ke hadapan dan memberi tumpuan kepada kehidupan serta kerjaya seninya, biarpun namanya pernah terpalit kontroversi.
Malah, Ruhainies bersyukur apabila hubungan bersama rakan-rakan industri seni juga profesional dan masih berjalan baik dan bakal muncul menerusi sebuah drama episod terbaharu yang dijadualkan ditayangkan pada penghujung bulan ini.
“Jika sesama rakan industri seni, alhamdulillah tiada yang memboikot. Kerjaya saya juga berjalan seperti biasa. Perkara ini pun sudah lama berlalu. Saya juga baru sahaja habis penggambaran dua minggu yang lalu.
“Drama itu bakal ditayangkan penghujung bulan ini. Bagi netizen yang nak memboikot, saya tak boleh nak kawal. Terserahlah siapa yang nak menerima atau memboikot saya.
“Siapa saya nak mengawal mereka. Saya sudah lama move on dan jalani kehidupan seperti biasa. Saya banyak mengembara ke luar negara dan menghabiskan masa dengan keluarga,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Wifi Rumah Sebelah itu berkata demikian ketika ditemui pada acara sidang media bersama pihak peguamnya, baru-baru ini.

Baca Artikel Lain;
“Saya Hanyalah Manusia Biasa.”
Dalam masa sama, Ruhainies mengakui reda dengan segala ujian yang dilalui dan percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.
Malah, dia turut menganggap pengalaman berkenaan sebagai pengajaran untuk dirinya menjadi insan yang lebih baik.
“Saya hanyalah manusia biasa. Setiap orang akan melalui ujian dan dugaan masing-masing. Saya hanya lalui sahaja kerana hidup ini perlu diteruskan.
“Fokus saya hanya pada keluarga terutamanya ibu dan bapa. Dengan adanya mereka, apa sahaja masalah akan hilang.
“Apa sahaja yang dikongsikan, itu bukan kawalan saya. Namun, sagala teguran yang membina, saya akan terima. Kalau teguran yang menghina, siapa yang boleh terima?
“Saya percaya Allah tidak akan uji di luar kemampuan saya. Saya anggap ini adalah ujian dan pengajaran buat saya. Selama 34 tahun ini, pelbagai nikmat yang Allah berikan.
“Saya sudah mula reda. Selepas hal itu, saya sudah terima bermacam rezeki dan dipertemukan dengan manusia baik. Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah,” kongsinya lagi.
Anda mungkin berminat dengan
Bayangan Projek Filem, Bersebab Kerap Ke Uzbekistan
Dalam perkembangan lain, Ruhainies memaklumkan dia bakal terbabit dalam sebuah projek filem yang kini masih di peringkat awal produksi.
Menurutnya, dia juga kerap berulang-alik ke Uzbekistan bagi meluangkan masa bersama ibu bapanya yang kini menetap di negara itu untuk menguruskan perniagaan.
“Pada tahun ini, saya ada sebuah projek filem namun segalanya masih di peringkat awal produksi. Pada hujung tahun pula, saya akan bercuti bersama keluarga seperti biasa.
“Saya juga kerap pergi ke Uzbekistan kerana ibu dan ayah ada bisnes di sana. Mereka juga sudah ada rumah di sana. Jadi, saya akan melawat mereka. Kalau mereka pulang ke Malaysia pun biasanya sekejap sahaja.
“Mereka akan duduk di sana tiga bulan, kemudian balik pula seminggu di sini. Mereka berulang alik,” akhirinya.
View this post on Instagram
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

