Ads

“Ya Saya Budak Kampung Dan Saya Bangga,” – Janna Nick

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick menegaskan dirinya sentiasa akan mengakui berasal dari kampung, meskipun berpeluang melanjutkan pengajian di London, United Kingdom.

Menurut Janna, latar belakang sebagai anak kampung merupakan sebahagian daripada identiti dirinya yang sentiasa dihargai dan tidak akan sesekali dilupakan.

Perkara itu dikongsikan Janna menerusi aplikasi Threads miliknya, baru-baru ini.

“’Budak kampung, still kampung walaupun belajar dekat London’”.

“Yes, saya budak kampung, dan saya bangga je jadi budak kampung. It’s part of my identity, and I will always embrace it,” tulisnya.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/kami-tak-fake-dini-schatzmann-janna-nick-tak-kejar-kesempurnaan-tiada-tekanan-jadi-pasangan-contoh/

Teruja Nak Luang Masa Dengan Masyarakat Kampung

Dalam hantaran sama, penyanyi lagu Mungkin Saja itu turut meluahkan rasa teruja untuk meluangkan lebih banyak masa bersama masyarakat kampung bagi mengenali serta mendalami kisah kehidupan mereka.

Ads

Malah, Janna menegaskan peluang menimba ilmu di luar negara juga tidak bermakna seseorang perlu melupakan asal usul atau mengubah identiti diri.

“In fact, I tak sabar untuk spend more time dengan orang orang kampung. So I boleh lebih mendalami, kisah dan cerita cerita orang kampung.

“Belajar di London tak bermakna saya perlu tinggalkan siapa diri saya,” kongsinya lagi.

 

Ads

“Ya Saya Budak Kampung Dan Saya Bangga,” - Janna Nick

“Ya Saya Budak Kampung Dan Saya Bangga,” - Janna Nick

“Ya Saya Budak Kampung Dan Saya Bangga,” - Janna Nick

Netizen Turut Bangga Jadi Anak Kampung

Perkongsian tersebut mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Janna, selain turut berkongsi pengalaman masing-masing.

Ads

“Proud to be Budak kampung but well educated.

Anda mungkin berminat dengan

“Jadi anak kampung best. Suka sangat sawah padi and laut.

“Well said. Ramai orang kampung yang berjaya tau. Jangan main-main.

“Budak kampung Kelantan hadir. Belajar dekat Sheffield tapi tinggal dekat London. Alhamdulillah.

“Proud of you kak Janna! Belajar tinggi-tinggi bukan bermaksud kena ubah identiti. Humble enough to embrace where you came from is a different kind of class.”

Janna sebelum ini difahamkan sudah menamatkan pengajian dalam jurusan Master of Arts in Filmmaking di United Kingdom dan kini lebih teruja untuk meneroka peluang baharu dalam bidang pengarahan berbanding kembali aktif di hadapan kamera.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

3.8 Bilion Tontonan Digital Sejak 2023! All Star Influencers Award Lonjak...

All Star Influencers Award (ASIA) 2026 mencatatkan kumulatif sebanyak 3.8 bilion tontonan digital sejak diperkenalkan pada 2023, sekali gus membuktikan potensi platform pempengaruh dalam...