
Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026) menjadi malam penuh gemilang buat pelakon, Anna Jobling apabila berjaya merangkul trofi utama pada malam kemuncak yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC), Shah Alam, pada Ahad.
Selain kemenangan terbesar itu, Anna turut membawa pulang trofi bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara bintang yang mencuri perhatian di pentas AMT2026.

Lebih manis, drama lakonannya, Yes! Captain Zul Aaryan turut mengungguli kategori Drama Sangat Terhangat, menjadikan malam berkenaan lebih bermakna buat pelakon itu.

Hael Husaini, Fattah Amin Turut Raih Kemenangan
Sementara itu, penyanyi dan komposer, Hael Husaini turut mencipta sensasi apabila berjaya merangkul trofi Selebriti Ikon Inspirasi Terhangat CUCKOO.
Dalam pada itu, pelakon popular, Fattah Amin turut mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Selebriti Maskulin Terhangat, sekali gus menambah satu lagi kejayaan dalam senarai pemenang AMT2026.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang AMT2026:
• Tonton Original Terhangat
– Neraka Yang Terhijab
• Fresh Smile Awards
– Syad Mutalib
• Fresh Rising Star
– Zaki Yamani
• Direktor & Filem Terhangat
– Bobby Husaini (Libang Libu)
• Drama Sangat Terhangat
– Yes! Captain Zul Aaryan
• Selebriti Couple Goals Terhangat
– Janna Nick & Dini Schatzmann
• Selebriti Stailo Terhangat
– Meerqeen
• Selebriti Muzik Terhangat
Anda mungkin berminat dengan
– Khai Bahar
• Selebriti Viral Terhangat
– Aisha Retno
• Lagu Terhangat
– Nurcinta (Amir Masdi)
Empat Lagi Kategori Bakal Diumumkan
Sementara itu, pemenang bagi empat lagi kategori iaitu Keluarga Selebriti Terhangat, Selebriti Fit Terhangat, Selebriti Chemistry Terhangat dan Selebriti Mandarin Terhangat akan diumumkan pada Konsert Cuckootopia yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, pada 24 Oktober depan.
Terdahulu, AMT2026 dikendalikan oleh pasangan hos popular, Kamal Adli dan Ain Edruce sebagai pengacara utama.
AMT2026 turut digamatkan dengan persembahan hebat daripada Dolla, Wany Hasrita, Ernie Zakri, Nadeera Zaini, Adira Suhaime, Shiha Zikir, Misha Omar dan ramai lagi.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

