Ads

Mawi Nafi Dapat Layanan Istimewa Di GVF, Dedah Enam Kali Berbincang Dengan Astro – “Pada Mulanya Memang Saya Kata Tak Boleh Kerana…”

Penyanyi dan pelakon, Mawi menafikan tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dirinya menerima layanan istimewa daripada pihak Astro apabila meniadi salah seorang peserta program Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Dakwaan tersebut timbul selepas Mawi diberikan pelepasan untuk mengadakan persembahan secara rakaman pada konsert minggu pertama GVF susulan pertindihan tarikh dengan konsert solonya yang telah dirancang lebih awal.

Menurut Mawi, dia sebenarnya agak berbelah bahagi untuk memberikan kata putus berhubung penyertaannya dalam program tersebut.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali mengadakan perbincangan bersama pihak Astro, dia akhirnya bersetuju dengan syarat konsert solonya perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu.

Mawi Nafi Dapat Layanan Istimewa Di GVF, Dedah Enam Kali Berbincang Dengan Astro - “Pada Mulanya Memang Saya Kata Tak Boleh Kerana…” Mawi Nafi Dapat Layanan Istimewa Di GVF, Dedah Enam Kali Berbincang Dengan Astro - “Pada Mulanya Memang Saya Kata Tak Boleh Kerana…”

“Konsert solo saya ini sudah dirancang lebih awal dan kita sudah pun menjual tiket. Ketika proses itu berlangsung, pihak GV Fantasia datang berikan tawaran.

“Kami adakan perjumpaan sebanyak enam kali untuk mendapatkan kata putus. Pada mulanya memang saya kata tidak boleh kerana tarikhnya bertindih. Macam mana saya nak ikut serta?

“Selepas mengadakan beberapa sesi perbincangan, mereka minta saya tanda tangan kontrak sebelum fikirkan bagaimana mekanismenya persembahannya nanti,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Aduh Saleha itu berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert minggu kedua GVF, baru-baru ini.

Ads

Hanya Dibenarkan Buat Rakaman Sekali Sahaja

Dalam masa sama, Mawi turut menjelaskan, meskipun diberikan keizinan untuk mengadakan persembahan secara rakaman, dia tetap perlu memanfaatkan peluang tersebut sebaik mungkin memandangkan proses rakaman hanya dibenarkan dilakukan sekali sahaja.

Mawi Nafi Dapat Layanan Istimewa Di GVF, Dedah Enam Kali Berbincang Dengan Astro - “Pada Mulanya Memang Saya Kata Tak Boleh Kerana…”

“Tiga hari sebelum konsert, barulah saya dapat jawapan tentang persembahan saya. Mereka minta saya buat persembahan secara rakaman. Namun, dengan syarat proses rakaman itu berlangsung sekali sahaja.

“Tak boleh ada proses ulangan. Saya kena buat betul-betul sama seperti hari konsert. Hal itu terjadi untuk konsert minggu pertama sahaja. Selepas ini, persembahan akan berlangsung seperti biasa,” ujarnya.

Sementara itu, juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) ini mengakui teruja melihat sokongan luar biasa peminat selepas namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta GVF.

Ads

Bagaimanapun, Mawi menjelaskan dia tidak meletakkan sasaran untuk bergelar juara. Sebaliknya, dia hanya mahu memberikan persembahan terbaik sebagai tanda menghargai sokongan yang diberikan peminat.

Mawi Nafi Dapat Layanan Istimewa Di GVF, Dedah Enam Kali Berbincang Dengan Astro - “Pada Mulanya Memang Saya Kata Tak Boleh Kerana…”

Sertai GVF Bukan Kerana Mahu Bergelar Juara

“Bila ada yang berharap untuk saya menjadi juara lagi, saya anggap itu sebagai satu semangat untuk buat persembahan terbaik sebagai balasan buat mereka yang menyokong.

“Tekanan itu tetap akan ada bila kita rasa nak bersaing. Hakikatnya program ini memang satu pertandingan. Cuma sejak awal lagi, saya cakap dengan diri sendiri, saya bukan nak bertanding.

“Saya sudah lalui pelbagai pertandingan sebelum ini. Saya tahu beban dan rasa penatnya. Saya sertai GVF sempena ulang tahun Astro ke-30.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Saya mahu kenang jasa Astro kerana kerjaya saya bermula di sini. Saya harap Astro akan kembali ‘meletup’. Format GV tahun ini juga berbeza. Faktor itu juga buat saya setuju,” akhirinya.

Terdahulu, pada konsert minggu kedua GVF, Mawi berjaya menduduki tangga kedua di belakang Stacy dengan perbezaan markah sebanyak 6.73%.

Mawi Nafi Dapat Layanan Istimewa Di GVF, Dedah Enam Kali Berbincang Dengan Astro - “Pada Mulanya Memang Saya Kata Tak Boleh Kerana…”

GVF berlangsung selama 11 minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 9 November, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Ria (104).

Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Mawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Nilam Care Foundation Bantu Dapatkan Khidmat Guaman Percuma, Nilam Ortiz Mahu...

Usahawan, Nur Nilam Ortiz mendedahkan penubuhan inisiatif kebajikan, Nilam Care Foundation bertujuan membantu golongan wanita mendapatkan khidmat guaman secara percuma.