Ads

Janna Nick Berhenti Perjalanan Ikhtiar TTC, Bersebab Coret Luahan Rasa – “Saya Dah Give Up…”

Pelakon dan pengacara, Janna Nick mencuri perhatian warganet apabila membuat satu luahan menerusi platform Threads, pada Rabu.

Menerusi hantaran tersebut, penyanyi lagu Akan Bercinta itu mengumumkan keputusan untuk menamatkan perjalanan ikhtiar untuk mendapatkan zuriat atau Trying To Conceive (TTC).

Janna juga menyatakan hasrat untuk memberikan tumpuan kepada misi menurunkan berat badan selepas mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan perjalanan TTC buat masa ini.

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/boleh-tak-peniaga-jual-baju-kurung-atau-baju-raya-online-jangan-guna-al-untuk-gambar-baju-janna-nick/

Luah Rasa Terhadap Komen Bentuk Badan

Malah, keputusan itu turut hadir bersama luahan rasa apabila mendakwa bentuk fizikalnya terus menjadi perhatian dan bahan komen segelintir pihak.

Ads

“Mulai hari ini, saat ini. Saya dah give up nak TTC.

“I’m officially ending my TTC journey dan I akan start my mission untuk kurus,” tulisnya.

Ads

Luahan tersebut sekali gus menjadi sorotan apabila ada pengguna media sosial yang turut berkongsikan pengalaman masing-masing dalam usaha memiliki zuriat.

Anda mungkin berminat dengan

Janna sebelum ini menjelaskan perubahan fizikalnya adalah disebabkan pengambilan hormon ketika menjalani usaha mendapatkan zuriat.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Chef Anis Nabilah Raih Pengiktirafan Antarabangsa, Dinobat TOP Outstanding Celebrity Chef...

Pengiktirafan terhadap bakat dan kredibiliti anak seni kulinari tempatan terus mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila personaliti kulinari negara, Chef Anis Nabilah dinobatkan sebagai...