
Pengiktirafan terhadap bakat dan kredibiliti anak seni kulinari tempatan terus mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila personaliti kulinari negara, Chef Anis Nabilah dinobatkan sebagai penerima TOP Outstanding Celebrity Chef Award 2026 menerusi penganjuran Anugerah World Top Gourmet Kali Ke-8 2026.
Pengiktirafan berprestij itu merupakan antara sorotan utama majlis yang menghimpunkan barisan cef terkemuka, usahawan serta jenama makanan dan minuman (F&B) dari dalam dan luar negara, yang berlangsung di Andaman Grand Ballroom, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.
Mengulas mengenai kejayaan tersebut, Anis menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas sokongan padu yang diterimanya sepanjang berkecimpung dalam arena kulinari.
“Terima kasih kerana memilih saya sebagai penerima TOP Outstanding Celebrity Chef Award 2026. Saya rasa sangat bersyukur dan terharu dengan penghargaan ini.
“Sepanjang perjalanan dalam bidang masakan, terlalu banyak pengalaman yang saya lalui dan ramai juga yang telah memberi inspirasi kepada saya. Setiap peluang dan cabaran yang datang banyak membentuk diri saya sebagai seorang chef,” katanya.
Masih Banyak Impian Ingin Dikejar
Tambah Anis atau nama sebenarnya Anis Nabilah Umaruddin, masih banyak impian yang ingin dikejarnya selain terus berkongsi minat dalam bidang kulinari dengan lebih ramai orang.
“Terima kasih sekali lagi kepada World Gourmet atas penghargaan ini. Tidak lupa juga kepada keluarga, rakan-rakan, rakan sekerja dan semua yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada saya.
“Saya sangat menghargai semua yang sentiasa ada dan menyokong saya sepanjang perjalanan ini,” katanya lagi.
Majlis anugerah tahun ini turut diserikan dengan kehadiran Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tuan Steven Sim selaku Tetamu Kehormat, selain dua ikon kulinari tersohor yang hadir sebagai Cef Kehormat iaitu Adjunct Professor Datuk Chef Wan dan Master Chef Dr Martin Yan.

Baca Artikel Lain;
Anda mungkin berminat dengan
Himpunan Tokoh Kulinari Antarabangsa
Majlis berprestij itu turut dihadiri tokoh terkemuka antarabangsa dan tempatan termasuk Master Chef Thomas Gugler (Bekas Presiden World Chefs Association), Master Chef Jeffrey Tan, OAM (Pengasas Cooking for Charity), Lady Puan Sri Datin Sri Dr Susan Cheah (Penaung World Gourmet) serta Puan Zuraini Abdul Ghani yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mr Samuel Lee.
Pengiktirafan turut diberikan kepada jenama F&B terkemuka rentas sempadan seperti Meng Zi Yuan dan Tao Tao Ju dari China, Yang Ming Spring (Taiwan), Quan An Ngon (Vietnam), serta wakil tempatan antaranya Andaman Seafood Village, Cooper Mansion dan Seri Bako by Kwan Kee.
Turut diberi penghormatan ialah pengasas restoran ikonik Village Park, Madam Kwan’s dan D’Tandoor, selain penggiat industri serta selebriti popular seperti Cousin Edison, personaliti Hong Kong Yeung Ming dan DJ radio Emely Poon.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


