
Pelakon Yusuf Bahrin kini mengorak langkah baharu dalam dunia perniagaan makanan dan minuman (F&B) menerusi pembukaan restoran miliknya, Bite Club yang mengetengahkan hidangan burger dan piza sebagai menu utama.
Dibuka secara rasmi pada 7 November lalu, Bite Club bukan sekadar sebuah destinasi untuk menikmati makanan, sebaliknya turut menawarkan konsep ruang santai yang mengutamakan pengalaman, interaksi dan kebersamaan dalam kalangan pengunjung.
Menurut Yusuf, idea di sebalik penubuhan Bite Club tercetus daripada kecenderungannya terhadap makanan yang menjadi pilihan ramai, khususnya burger dan piza.
“Saya melihat burger dan piza sebagai antara makanan yang dekat dengan semua orang dan menjadi pilihan ramai.
“Jadi, saya terfikir untuk mewujudkan sebuah tempat yang bukan sahaja menawarkan makanan, tetapi juga ruang untuk orang ramai berkumpul, berehat dan meluangkan masa bersama.
“Bagi saya, Bite Club lebih daripada sekadar tempat makan. Saya mahu ia menjadi lokasi yang menyeronokkan untuk mereka berjumpa kawan-kawan, mengadakan reunion atau sekadar melepak dan mencipta kenangan bersama,” katanya.

Utamakan Pengalaman & Kebersamaan Pengunjung
Mengangkat konsep yang lebih santai dan menyeronokkan, Bite Club turut memberikan penekanan terhadap suasana yang membolehkan pengunjung menikmati masa berkualiti bersama keluarga, rakan-rakan mahupun kenalan dalam persekitaran yang lebih kasual.
Pendekatan tersebut sekali gus menjadikan restoran yang diusahakan bukan sekadar tempat untuk menikmati hidangan, tetapi juga ruang untuk mengeratkan hubungan dan mencipta momen bermakna bersama insan tersayang.
Baca Artikel Lain;
Permulaan Baharu Di Luar Bidang Seni
Dalam pada itu, Yusuf menyifatkan pembukaan Bite Club sebagai satu permulaan baharu dalam perjalanan kerjayanya, khususnya dalam meneroka bidang perniagaan di luar dunia seni.
“Saya berharap usaha ini dapat berkembang secara positif, sekali gus menjadikan Bite Club sebagai antara ruang pilihan masyarakat untuk menikmati makanan dan mengeratkan hubungan sesama mereka,” katanya lagi.
Anda mungkin berminat dengan


Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


