Ads

Ramli MS Puji Stacy, Kagum Keupayaan Kekalkan Key Asal Selama 20 Tahun, Turut Ulas Proses Pemarkahan Mawi – “Rakaman Satu ‘Take’, Tak Boleh Ulang.”

Maestro muzik dan juri Gegar Vaganza Fantasia (GV Fantasia), Datuk Ramli MS menegaskan proses penjurian bagi program berkenaan dilakukan secara teliti dan profesional tanpa sebarang kompromi.

Menurut Ramli, dia setakat ini berpuas hati dengan komitmen yang ditampilkan barisan peserta.

Bagaimanapun, beliau berpendapat masih banyak aspek yang perlu diperbaiki bagi memastikan saingan lebih sengit sepanjang pertandingan berlangsung.

“Pada saya, para peserta sudah pun memberikan komitmen 100% melalui apa yang saya dengar dan lihat. Nak kata saya berpuas hati, seperti edisi sebelumnya, para peserta sudah ada posisi mereka sendiri.

“Dalam pertandingan, mana ada semua peserta dapat nombor satu. Namun, ada banyak lagi kerja yang perlu mereka buat. Penjurian di GV tidak akan mengikut tahap kemampuan mereka.

“Ketiga-tiga kami menilai mengikut tingkat pendengaran juri. Bukan mudah nak menyangi di program GV. Kami mengambil kira segala kebijaksanaan dan corak persembahan,” katanya kepada MH.

Suami kepada penyanyi Datin Alyah itu berkata demikian ketika ditemui selepas berakhirnya program GVF yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, Ahad lalu.

Kagumi Stacy, Mawi Pula ‘Steady’

Dalam pada itu, Ramli turut mengulas kejayaan penyanyi, Stacy yang menduduki kedudukan teratas pada konsert minggu pertama GVF.

Jelas Ramli, dia mengagumi kemampuan vokal Stacy yang disifatkan tidak banyak berubah sejak penyanyi itu dinobatkan sebagai juara AF6, 20 tahun lalu.

“Stacy merupakan bekas pelajar saya pada 2006. Apabila dia menyanyi pada 2026, saya kagum dengan kemampuannya yang tidak menurunkan key dan menyanyi mengikut key asal.

Ads

“Walaupun saya menaikkan setengah key lagi, dia masih boleh sampai. Untuk kekalkan key selama 20 tahun, pada saya, itu sangat hebat.

“Dulu kami tiada kuasa nak menilai kerana segalanya perlu melalui proses undian. Namun, saya merasakan dia memang layak bergelar juara,” katanya.

Sementara itu, Ramli turut menjelaskan mengenai proses pemarkahan melibatkan penyanyi, Mawi yang terpaksa membuat persembahan secara rakaman berikutan komitmennya terhadap konsert solo yang turut berlangsung malam tadi.

“Pada Sabtu, kita rakam persembahan itu hanya satu ‘take’ sahaja. Dia tidak boleh nak ulang semula atau buat sebarang perubahan bersama pemuzik. Pada saya, persembahannya ‘steady’.

“Kalau kualiti suaranya tidak ‘steady’, orang takkan panggil dia buat konsert solo malam tadi. Itu sahaja sudah jelas,” kongsinya.

 

Ads

Ramli MS Puji Stacy, Kagum Keupayaan Kekalkan Key Asal Selama 20 Tahun, Turut Ulas Proses Pemarkahan Mawi - “Rakaman Satu ‘Take’, Tak Boleh Ulang.”

Ramli MS Puji Stacy, Kagum Keupayaan Kekalkan Key Asal Selama 20 Tahun, Turut Ulas Proses Pemarkahan Mawi - “Rakaman Satu ‘Take’, Tak Boleh Ulang.”

Ramli MS Puji Stacy, Kagum Keupayaan Kekalkan Key Asal Selama 20 Tahun, Turut Ulas Proses Pemarkahan Mawi - “Rakaman Satu ‘Take’, Tak Boleh Ulang.”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/gv-fantasia-stacy-tertinggi-66-80-shahir-paling-corot-dengan-42-23-25-nama-berpontensi-rebut-rezeki-hot-seat-turut-diumumkan/

https://www.mediahiburan.my/gv13-bawa-kembali-fenomena-af-stacy-vince-mawi-barisan-bintang-af-bakal-gegarkan-pentas-4-lagi-peserta-diumumkan-minggu-pertama/

Ads

Tiada Istilah Peserta Favourite, Dinilai Secara Terbuka

Mengulas mengenai ekspektasi untuk konsert minggu kedua, Ramli berharap barisan peserta dapat keluar daripada zon selesa, lebih-lebih lagi apabila diberikan tugasan membawakan lagu nyanyian penyanyi lain.

Anda mungkin berminat dengan

“Dalam program ini, tiada istilah peserta favourite. Saya sangat terbuka menilai semua peserta. Sesiapa sahaja yang berdiri di pentas GV, kami nak dengar dia menyanyi.

“Tak kisahlah Stacy, Mawi atau sesiapa sahaja sekali pun, kalau nyanyian sumbang, mereka tetap akan tersingkir. Minggu hadapan, mereka akan menyanyikan lagu orang lain.

“Saya jangkakan sesuatu yang berbeza. Malam tadi, mereka membawakan lagu yang sudah berpuluh tahun mereka menyanyi. Saya harap mereka boleh bawakan apa sahaja tugasan yang diberikan,” akhirinya.

Selain Ramli, juri GVF turut menampilkan dua nama besar dalam industri muzik iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

GVF berlangsung selama 11 minggu secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 9 November, setiap Sabtu pada pukul 9 malam menerusi Astro Ria (104).

Program berkenaan turut boleh distrim menerusi On Demand, Astro GO dan Sooka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

GV Fantasia: Stacy Tertinggi 66.80%, Shahir Paling Corot Dengan 42.23%… 25...

Pentas Gegar Vaganza Fantasia (GV Fantasia) membuka tirainya dengan menyaksikan sembilan peserta berentap menerusi konsert minggu pertama yang berlangsung malam tadi. Membawakan tema ‘Family Day...