Ads

Anak Uji Rashid, Cico Harahap Meninggal Dunia Pada Usia 48 Tahun

Anak kepada artis legenda, Uji Rashid iaitu Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin atau lebih dikenali dengan nama komersialnya Cico Harahap, 48, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Ampang, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Berita itu dimaklumkan oleh Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Sandakiah Azez, petik Harian Metro.

Sempat Dirawat Seminggu Di Hospital

Menurut Sandakiah, Allahyarham Cico dimasukkan ke wad hospital berkenaan sejak seminggu lalu selepas mengalami kesukaran bernafas.

Ads

“Mulanya Cico dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), tapi pada Khamis lepas dah dimasukkan ke wad biasa.

“Bagaimanapun punca kematiannya belum dapat dikenalpasti,” katanya.

Ads

Cico yang mula aktif dalam bidang lakonan sejak 1993 dilaporkan berdepan masalah kesihatan sejak penghujung tahun 2016.

Allahyarham sebelum ini pernah mencipta nama menerusi Puteri Impian serta beberapa filem popular lain seperti Anak Mami The Movie, Mistik dan Kuliah Cinta.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber/Foto: Harian Metro/Kosmo!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Diva M Kini Tukar Jadi Divo M – “Kalau Keluarga Mereka...

Usahawan penjagaan rambut yang juga pempengaruh, Mohd Muzakir yang sebelum ini dikenali sebagai Diva M, mengumumkan pertukaran namanya kepada Divo M menerusi siaran langsung...