Ads

Siti Nurhaliza & Lee Junho Satukan Peminat Di ‘Cuckootopia 2026’… 15,000 Pengunjung Gegarkan Stadium Merdeka!

Penganjuran Konsert Cuckootopia 2026 berlangsung dalam suasana luar biasa dan penuh kemeriahan apabila hampir 15,000 peminat membanjiri lokasi ikonik, Stadium Merdeka, bagi menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia, Hoe Kian Choon, sambutan ulang tahun ke-12 itu bukan sekadar meraikan pencapaian syarikat, malah menjadi platform untuk menghargai kepercayaan pelanggan yang selama ini menjadi sebahagian daripada perjalanan jenama berkenaan.

Siti Nurhaliza & Lee Junho Satukan Peminat Di ‘Cuckootopia 2026’… 15,000 Pengunjung Gegarkan Stadium Merdeka!

“Dua belas tahun lalu, kami menyemai benih dengan satu impian yang jelas iaitu untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bahagia.

“Buat pelanggan kami, terima kasih kerana menerima kehadiran kami di kediaman anda dengan hati terbuka.

“Apabila kami melangkah ke hadapan, kami mahu menjangkau lebih banyak kediaman dan membuka lebih banyak peluang untuk orang ramai berkembang bersama kami.

“Bersama-sama, kami akan memberi ruang kepada lebih banyak impian untuk berakar dan mekar lebih indah,” katanya.

Barisan Artis Popular Gegarkan Stadium Merdeka

Sebaik melangkah masuk, para penonton disambut dengan persembahan pra-konsert istimewa menerusi gabungan tarian, muzik dan elemen kebudayaan tempatan yang berlangsung pada sebelah petang.

Seramai 50 penari menghidupkan pentas dengan persembahan penuh warna dan bertenaga, sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia serta selari dengan peranan Cuckoo Malaysia sebagai Rakan Strategik Rasmi Visit Malaysia 2026.

Ads

Suasana turut diserikan dengan persembahan penyanyi remaja, Umairah, yang menyuntik sentuhan emosi menerusi lagu Pugar, sebelum ODDA mengambil alih pentas dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Gelanggang Rasa.

Memasuki acara utama, kemeriahan semakin memuncak apabila konsert membuka tirai dengan persembahan penuh energi daripada penyanyi popular, Mimifly, yang membawakan lagu Angkat.

Siti Nurhaliza & Lee Junho Satukan Peminat Di ‘Cuckootopia 2026’… 15,000 Pengunjung Gegarkan Stadium Merdeka!

Tidak terhenti di situ, penonton turut dibawa mengimbau nostalgia menerusi deretan lagu popular yang cukup dekat di hati peminat.

Lagu ikonik Standing in the Eyes of the World nyanyian Ratu Rock, Ella, serta Gemuruh dendangan Faizal Tahir misalnya, jadi antara momen yang berjaya menggamatkan suasana stadium.

Ads

Siti Nurhaliza & Lee Junho Satukan Peminat Di ‘Cuckootopia 2026’… 15,000 Pengunjung Gegarkan Stadium Merdeka! Siti Nurhaliza & Lee Junho Satukan Peminat Di ‘Cuckootopia 2026’… 15,000 Pengunjung Gegarkan Stadium Merdeka!

Hujan turut menghiburkan penonton menerusi lagu popular mereka, Kotak Hati dan Aku Skandal, manakala ALPHA turut menerima sorakan gemuruh penonton menerusi persembahan bertenaga mereka.

Siti Nurhaliza & Lee Junho Satukan Peminat Di ‘Cuckootopia 2026’… 15,000 Pengunjung Gegarkan Stadium Merdeka!

Siti Nurhaliza & Lee Junho Antara Kemunculan Dinantikan

Antara detik paling ditunggu-tunggu peminat pastinya kemunculan Biduanita Negara yang juga Duta Cuckoo, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza & Lee Junho Satukan Peminat Di ‘Cuckootopia 2026’… 15,000 Pengunjung Gegarkan Stadium Merdeka!

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Menguasai pentas dengan vokal mantap serta pesona tersendiri, penyanyi kesayangan ramai itu membawakan lagu Menamakanmu Cinta dan Kesuma, sekali gus menjadi pengubat rindu buat peminat yang merindukan persembahannya menerusi Konsert Tradisional Gema Bumantara, baru-baru ini.

Sorakan penonton semakin bergema apabila bintang antarabangsa merangkap Duta Jenama Global Cuckoo, Lee Junho, membuat kemunculan di pentas, mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat.

Siti Nurhaliza & Lee Junho Satukan Peminat Di ‘Cuckootopia 2026’… 15,000 Pengunjung Gegarkan Stadium Merdeka! Siti Nurhaliza & Lee Junho Satukan Peminat Di ‘Cuckootopia 2026’… 15,000 Pengunjung Gegarkan Stadium Merdeka!

Anggota kumpulan K-Pop popular, 2PM itu turut dilihat mesra ketika berinteraksi dengan peminat tempatan.

Siti Nurhaliza & Lee Junho Satukan Peminat Di ‘Cuckootopia 2026’… 15,000 Pengunjung Gegarkan Stadium Merdeka!

Acara kemudiannya melabuhkan tirai dengan upacara memotong kek sempena ulang tahun ke-12 Cuckoo Malaysia, diikuti pertunjukan bunga api yang menerangi ruang udara Stadium Merdeka.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Hanya Fikir Yang Positif,” – Pernah Turun Ke Jalanan Edar...

Penyanyi, Faizal Ramly mengakui tidak pernah berasa malu untuk melakukan pelbagai pekerjaan demi mencari rezeki, meskipun pernah mengecapi populariti dan dikenali sebagai anak seni.