Ads

Shiha Zikir Menitis Air Mata, Tak Harapkan Apa-Apa Hadiah Sempena Hari Jadi 39 Tahun – “Saya Hanya Mahu Mak Sihat Macam Biasa.”

Penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir tidak mengharapkan hadiah mewah atau istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39, sebaliknya hanya mengimpikan agar ibunya, Rohana Ibrahim, kembali sihat seperti sediakala.

Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir berkata, kesihatan ibunya menjadi doa dan harapan paling besar buat dirinya pada tahun ini, lebih-lebih lagi selepas Rohana, 68, berdepan ujian kesihatan kesihatan sejak September lalu.

Menurut Shiha, dia tersentuh menerima ucapan hari lahir daripada orang ramai.

Namun, jauh di sudut hatinya, dia hanya mengharapkan kesembuhan buat insan yang menjadi sumber kekuatan utama dalam hidupnya itu.

“Saya agak sentimental sikit sebab bila orang tanya apa yang saya nak, ramai yang DM ucap selamat hari jadi, saya hanya mahu mak sihat macam biasa sahaja.

“Itulah harapan saya untuk tahun ini. Saya juga berdoa untuk diri sendiri agar menjadi seorang anak yang boleh jaga mak sampai bila-bila.

“Siapa yang lihat perkongsian ini, saya harap sangat bantu selitkan doa untuk mak supaya sihat macam biasa. Mak adalah sumber kekuatan utama saya,” katanya.

Shiha berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single terbaharunya, Teruskanlah, yang berlangsung di Six In The City, Shah Alam pada Selasa.

Ads

Adik-Beradik Turut Terkesan

Mengulas lanjut mengenai keadaan ibunya, Shiha mengakui dia dan adik-beradik turut terkesan sebaik dimaklumkan mengenai penyakit yang dihidapi Rohana.

Katanya, mereka sekeluarga tidak menyangka ibu tersayang berdepan ujian sedemikian, apatah lagi apabila perkara itu turut memberi kesan kepada emosi mereka.

“Bila doktor beritahu tentang sakit mak, saya memang tak sangka boleh jadi pada ibu sendiri.

“Situasi ini pun melibatkan mentaliti yang kuat. Jadi bila dapat tahu keputusan daripada doktor, kami adik-beradik memang down.

“Tapi saya percaya anak-anak juga adalah kekuatan ibu. Kami pun kuat sebab mak,” katanya lagi.

Ads

Bagaimanapun, Shiha belum bersedia untuk mendedahkan penyakit sebenar yang dihidapi ibunya, namun bersyukur apabila ibu masih menunjukkan sikap positif dan tenang dalam menghadapi fasa tersebut.

Shiha Zikir Menitis Air Mata, Tak Harapkan Apa-Apa Hadiah Sempena Hari Jadi 39 Tahun - “Saya Hanya Mahu Mak Sihat Macam Biasa.” Shiha Zikir Menitis Air Mata, Tak Harapkan Apa-Apa Hadiah Sempena Hari Jadi 39 Tahun - “Saya Hanya Mahu Mak Sihat Macam Biasa.” Shiha Zikir Menitis Air Mata, Tak Harapkan Apa-Apa Hadiah Sempena Hari Jadi 39 Tahun - “Saya Hanya Mahu Mak Sihat Macam Biasa.” Shiha Zikir Menitis Air Mata, Tak Harapkan Apa-Apa Hadiah Sempena Hari Jadi 39 Tahun - “Saya Hanya Mahu Mak Sihat Macam Biasa.”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/saya-harap-orang-ramai-suka-dan-sokong-shiha-zikir-lancar-lagu-raya-undang-peminat-jayakan-muzik-video/

Ads

https://www.mediahiburan.my/saya-ada-minta-tolong-allahyarham-pak-ngah-untuk-shiha-zikir-angkat-irama-tradisional-tegur-budaya-minta-maaf-tanpa-keikhlasan/

Anda mungkin berminat dengan

Sikap Positif Ibu Jadi Kekuatan

Dalam pada itu, penyanyi lagu Minta Ampun itu turut menyifatkan sikap positif ibunya sebagai sumber kekuatan buat dia dan keluarga untuk terus tabah berdepan situasi berkenaan.

Tambahnyq lagi, ketenangan yang ditunjukkan ibu turut memberi kekuatan kepadanya untuk terus berfikiran positif meskipun berdepan situasi yang cukup mencabar.

“Kalau saya boleh jadi (tenang) seperti sekarang, semuanya kerana mak seorang yang sangat positif.

“Kalau orang tahu keadaan sebenar, mungkin mereka akan terkejut melihat bagaimana mak mampu kekal positif dan kelihatan tenang.

“Saya sendiri tidak tahu, tetapi apa yang pasti, untuk hari jadi tahun ini, saya hanya mahu mak kembali sihat seperti biasa,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Jika Lihat Sudut Negatif, Itu Masalah Hati…,” – Amir Ahnaf Sokong...

Pelakon, Amir Ahnaf berpandangan isu penyalahgunaan dadah wajar diketengahkan menerusi karya layar lebar sebagai medium kesedaran dan pengajaran buat generasi akan datang.