Ads

“Orang Ingat Saya Kena Belasah Dengan…,” – Siti Nurhaliza Kongsi Insiden Terjatuh Waktu Latihan, Syukur Masih Dilindungi & Dapat Teruskan Konsert

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur apabila kecederaan pada bahagian wajah akibat terjatuh ketika sesi latihan Konsert Tradisional Gema Bumantara, lima hari sebelum persembahan berlangsung, tidak serius.

Menurut Siti, insiden berkenaan merupakan antara pengorbanan yang perlu dilaluinya demi memastikan sesebuah konsert dapat dijayakan dengan cemerlang.

“Baru-baru ini, saya terjatuh ketika sesi latihan dan ia berlaku lima hari sebelum bermulanya konsert. Wajah saya mengalami sedikit kemalangan tapi alhamdulillah saya bersyukur Allah masih lindungi saya.

“Orang Ingat Saya Kena Belasah Dengan…,” - Siti Nurhaliza Kongsi Insiden Terjatuh Waktu Latihan, Syukur Masih Dilindungi & Dapat Teruskan Konsert

“Saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Tisu wajah saya hanya lebam, bengkak dan luka. Mula-mula orang ingat saya kena belasah dengan Datuk K.

“Namun, bila saya tunjukkan visual yang saya terjatuh pada hari konsert, barulah mereka memahami bahawa untuk menjadikan sesebuah konsert itu hebat, sebenarnya ada banyak pengorbanan yang perlu kita lakukan.

“Ada kesusahan yang perlu kita lalui. Saya tak sangka semua ini berlaku. Namun, saya tetap terima kerana Allah melindungi saya dan kita tetap boleh berikan yang terbaik,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi lagu Nirmala itu berkata demikian ketika ditemui pada acara Malam Apresiasi Konsert Legacy 30 dan Konsert Tradisional Gema Bumantara, baru-baru ini.

Suami Sentiasa Beri Sokongan

Dalam masa sama, Siti turut menzahirkan penghargaan terhadap sokongan suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang sentiasa memahami serta menyokong setiap perancangannya, meskipun ada kalanya bimbang melihat dirinya bekerja terlalu keras.

“Orang Ingat Saya Kena Belasah Dengan…,” - Siti Nurhaliza Kongsi Insiden Terjatuh Waktu Latihan, Syukur Masih Dilindungi & Dapat Teruskan Konsert

“Segala usaha keras ini tidak akan berlaku tanpa sokongan kuat daripada suami tercinta. Suami saya ini kalau saya nak buat macam-macam perkara, ada kalanya beliau kata tak perlu.

“Namun, Siti Nurhaliza ini kadang-kadang degil orangnya. Kalau saya nak buat sesuatu di konsert saya, saya nak juga hal itu berlaku,” kongsinya lagi.

Ads

Selain suami, Siti turut memberikan penghargaan kepada pengurusnya, Rozi Abdul Razak yang setia menguruskan perjalanan kerjaya seninya sejak berusia 12 tahun, selain membantu merealisasikan setiap perancangan dan impiannya selama ini.

“Orang Ingat Saya Kena Belasah Dengan…,” - Siti Nurhaliza Kongsi Insiden Terjatuh Waktu Latihan, Syukur Masih Dilindungi & Dapat Teruskan Konsert

“Rozi adalah seorang wanita yang hebat. Beliau menjaga saya sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah saya punyai anak dua orang. Daripada usia 12 tahun sehinggalah 47 tahun. Beliau setia bersama saya.

“Kita ada chemistry yang baik. Kak Rozi tahu bagaimana nak merancang perjalanan seni saya. Saya pun suka mencabar diri,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Selagi Diberi Keizinan, Siti Mahu Terus Berbakti

Mengulas mengenai perjalanan kerjaya seninya, Siti menjelaskan dia akan terus berkarya dan menyumbang kepada industri seni selagi masih diberikan rezeki serta keizinan oleh Allah SWT.

“Orang Ingat Saya Kena Belasah Dengan…,” - Siti Nurhaliza Kongsi Insiden Terjatuh Waktu Latihan, Syukur Masih Dilindungi & Dapat Teruskan Konsert

“Sebelum ini, saya pernah berkata, jika saya buat sekali lagi konsert berskala mega di Stadium Nasional, mungkin saya akan bersara.

“Namun, saya anggap ini adalah rezeki yang sudah Allah tentukan kepada saya untuk terus memberikan sesuatu kepada industri seni.

“Selagi Allah izinkan, saya akan terus berikan yang terbaik untuk industri yang saya usahakan ketika ini,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Dr. Fie Terharu Dikurniakan Suami Sporting, Ikuti Sahaja Kehendak Sepanjang Majlis...

Usahawan dan pempengaruh, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mengakui terharu dengan layanan suaminya, Kapten Amrul Nizar Anuar yang sentiasa sabar serta memenuhi segala kehendaknya sepanjang persiapan majlis pernikahan mereka pada 1 November lalu.