Ads

Amir Ahnaf Sebak Lalu Menangis Lihat Sokongan Ramai, Sangka Nama Sudah Terhapus Dalam Industri – “Keberadaan Saya Adalah Untuk Membantu Keluarga Dan…”

Pelakon Amir Ahnaf tidak dapat menahan sebak apabila melihat sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan ketika menghadiri acara tayangan perdana filem lakonannya, Baga: Esok Milik Siapa, malam tadi.

Malah, Amir mengakui pernah merasakan namanya mungkin sudah dilupakan dalam industri seni susulan beberapa siri kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini.

Bagaimanapun, dia percaya kehadirannya sebagai anak seni bukan hanya untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya turut membawa tanggungjawab besar dalam membantu keluarga serta mengangkat martabat industri seni tempatan.

Amir Ahnaf Sebak Lalu Menangis Lihat Sokongan Ramai, Sangka Nama Sudah Terhapus Dalam Industri - “Keberadaan Saya Adalah Untuk Membantu Keluarga Dan…” Amir Ahnaf Sebak Lalu Menangis Lihat Sokongan Ramai, Sangka Nama Sudah Terhapus Dalam Industri - “Keberadaan Saya Adalah Untuk Membantu Keluarga Dan…”

“Mengapa saya menangis? Saya sebenarnya tak percaya yang anda masih berada di sini sebenarnya untuk menyaksikan filem lakonan saya.

“Saya ingatkan nama saya sudah terhapus di dalam industri ini.

“Namun, saya percaya keberadaan saya di dalam industri ini adalah untuk membantu keluarga saya dan saya nak tolong industri seni kita.

“Saya juga nak mengangkat bakat-bakat pelakon yang kita tak pernah nampak sebelum ini untuk berkongsi rasa dengan kita semua. Saya muncul di dalam filem ini bukan kerana diri saya seorang.

Ads

“Saya dan pelakon-pelakon lain buat semua ini adalah untuk menaikkan nama industri tempatan. Saya percaya keberadaan anda semua ini adalah dengan izin tuhan,” katanya kepada MH.

Bintang Hero Remaja 2021 itu berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan perdana filem Baga: Esok Milik Siapa yang berlangsung di TGV, Pavilion Damansara Heights, pada Isnin.

Hilang Kepercayaan Diri Selepas Tiga Bulan Berlalu

Dalam pada itu, Amir turut meluahkan rasa syukur apabila penonton bukan sahaja menghargai karya yang dipersembahkan, malah berjaya menghayati emosi serta mesej kemanusiaan yang cuba disampaikan menerusi filem berkenaan.

Amir Ahnaf Sebak Lalu Menangis Lihat Sokongan Ramai, Sangka Nama Sudah Terhapus Dalam Industri - “Keberadaan Saya Adalah Untuk Membantu Keluarga Dan…” Amir Ahnaf Sebak Lalu Menangis Lihat Sokongan Ramai, Sangka Nama Sudah Terhapus Dalam Industri - “Keberadaan Saya Adalah Untuk Membantu Keluarga Dan…”

“Terima kasih kerana tonton filem saya ini. Setelah apa yang berlaku sejak tiga bulan yang lepas, saya hilang kepercayaan terhadap diri sendiri.

Ads

“Namun, selepas saya melihat, mendengar dan merasai apa yang kalian rasa, saya rasa sangat bersyukur kerana kalian lebih merasai rasa manusia berbanding rasa orang lain.

“Saya sentiasa jujur dalam setiap perkara yang saya lakukan apatah lagi dalam naskhah yang saya bawakan. Ini bukan kerja saya seorang tetapi turut dibantu pelakon-pelakon lain.

“Kesemua rasa itu hadir daripada hati yang jujur. Apa yang kita buat di dalam hidup, kalau jujur, semua orang akan merasainya,” ujarnya lagi.

‘Baga’ Kembalikan Amir Kepada Akar Kehidupan

Berkongsi lebih lanjut, Amir mendedahkan filem Baga: Esok Milik Siapa turut membawa makna cukup besar buat dirinya apabila naskhah tersebut menjadi titik permulaan untuk dia kembali mengenali diri sendiri selepas sekian lama dibawa arus kehidupan di bandar.

Amir Ahnaf Sebak Lalu Menangis Lihat Sokongan Ramai, Sangka Nama Sudah Terhapus Dalam Industri - “Keberadaan Saya Adalah Untuk Membantu Keluarga Dan…”

Ads

“Salah satu faktanya, berjayanya filem Kahar: Kapla High Council adalah disebabkan Baga ini. Filem ini jalani penggambaran pada dua tahun lepas. Saya buat filem ini dahulu dan kemudian barulah filem Kahar.

Anda mungkin berminat dengan

“Bercerita tentang magisnya dunia dan susunan Tuhan ini, bila saya berlakon filem ini, saya temui semula diri saya. Sepertinya saya kembali ke akar hidup saya.

“Saya kenal semula diri saya. Seorang budak Terengganu yang betul-betul tunduk ke bumi. Saya bukan orang bandar. Saya budak kampung yang suka panjat pokok manggis dan makan rambutan.

“Bila duduk di bandar, kita hilang diri kita. Bila kita dapat satu naskhah yang dapat mengembalikan diri dan jati diri kita, saya rasa bangga,” katanya lagi.

Baga: Esok Milik Siapa bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 5 November ini.

Selain Amir, filem berkenaan turut dibintangi barisan pelakon lain seperti Amirah Razak, Wan Hanafi Su, Mat Over, Cech Adrea dan Idham Maulana.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Iman Troye

Iman Troye Serah Urusan Kewangan Kepada Ibu, Elak Boros & Lebih...

Penyanyi, Iman Troye mengakui lebih selesa menyerahkan urusan kewangan kepada ibunya sejak mula menceburi bidang seni ketika berusia 16 tahun, selain menyifatkan segala rezeki...