
Pelakon, Zila Bakarin meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa dirinya menjadi sasaran fitnah sehingga dikaitkan dengan perbuatan syirik.
Menerusi satu hantaran di Threads, Zila atau nama sebenarnya Zila Bakarin mengakui sudah terbiasa berdepan pelbagai kecaman, hinaan dan kata-kata negatif daripada segelintir pihak.
Bagaimanapun, pelakon itu menegaskan dia sukar untuk menerima dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan perkara bertentangan dengan ajaran agama.
Pilih Untuk Memaafkan, Berdiam Diri & Reda
Menurut bekas peserta Kilauan Emas Selebriti itu lagi, dia selama ini memilih untuk memaafkan segala perkara yang dilemparkan terhadap dirinya dengan mengambil pendekatan berdiam diri, membawa haluan sendiri dan reda dengan apa yang berlaku.
“Salam, ade cerita baru… Aku ni apa orang tak hina, tak mengata, orang benci, kena palau macam-macamlah.
“Dan aku belajar memafkan dengan berdiam diri, bawa diri dan redha. ADA AKU KESAH?!
“Yang penting ALLAH tau aku orang baik. Tapikan, bila orang fitnah dan sebar cerita aku buat benda syirik. Allahuakbar aku tak boleh terima,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan Zila menerusi hantaran terkininya di aplikasi Threads.
Baca Artikel Lain;



Terkilan Dituduh Lakukan Perkara Syirik
Dalam hantaran sama, Zila tidak menyembunyikan perasaan sedih, sebak dan marah apabila berdepan dakwaan sedemikian.
Anda mungkin berminat dengan
Namun, dia memilih untuk tidak bertindak mengikut emosi, sebaliknya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT.
Zila turut menitipkan pesanan agar orang ramai sentiasa bersabar dalam menghadapi ujian kehidupan, selain mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai pilihan dalam menentukan cara mereka berdepan sesuatu perkara.
“Sedih, sebak, marah tapi aku pilih untuk diam dan sabar. Pilihan di tangan kita. Aku serahkan seluruhnya pada Allah.
“Korang pun kena banyak sabar okay, sebab kita semua orang baik,” luahnya lagi.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


