Ads

Zila Bakarin Ulas Isu Squishy RM12,000, Enggan Lagi Panjangkan Cerita – “Saya Tak Menghina Pun, Tak Mengapalah…”

Pelakon, Zila Bakarin menjelaskan bahawa dirinya tidak mempunyai niat untuk menghina atau mengkritik tindakan pempengaruh, Abiejam yang didakwa berbelanja sehingga RM12,000 semata-mata untuk membeli permainan squishy.

Menurut Zila, dia sebenarnya hanya menjawab pertanyaan Abiejam yang mahu mengetahui sama ada tindakannya berbelanja sebanyak itu untuk membeli item berkenaan dianggap sebagai satu tindakan yang kurang bijak.

Zila Bakarin Ulas Isu Squishy RM12,000, Enggan Lagi Panjangkan Cerita - “Saya Tak Menghina Pun, Tak Mengapalah…”

“Saya pun terkejut sebenarnya. Lagipun, dia sendiri yang bertanya. Adakah dia kurang bijak kerana beli squishy sehingga RM12,000. Tak mengapalah. Mungkin kerana dia orang kaya.

“Bila dia bertanya adakah tindakannya itu bodoh atau bijak. Jadi, saya pun jawablah, ia tidak bodoh, bijak pun tidak.

“Pilihlah yang tengah-tengah itu. Di antara bodoh atau tidak. Pilihlah ‘atau’ itu,” katanya kepada MH.

Zila berkata demikian ketika ditemui pada acara sidang media Kilauan Emas Selebriti, baru-baru ini.

Ads

Tegaskan Isu Penghijrahan Tiada Kaitan

Dalam masa sama, Zila menyifatkan tindakan Abiejam yang mengaitkan imejnya yang kini berhijab dengan isu berkenaan sebagai sesuatu yang tidak mempunyai kaitan, malah seolah-olah cuba mengalihkan fokus daripada perkara yang dipersoalkan.

Zila Bakarin Ulas Isu Squishy RM12,000, Enggan Lagi Panjangkan Cerita - “Saya Tak Menghina Pun, Tak Mengapalah…”

“Bila dia komen mengenai penghijrahan saya, ia tiada kaitan langsung. Apa kena mengena dengan imej saya. Saya juga netizen dalam Threads itu.

“Saya sebenarnya tak ambil kisah pun walaupun dia muat naik gambar saya. Katanya sebagai seorang ibu, saya tak patut keluar kenyataan sebegitu.

“Anak-anak saya pun ada kalanya tak dapat apa yang mereka inginkan. Kenapa nak libatkan faktor ibu pula,” ujarnya lagi.

Ads

Bagaimanapun, pemenang tempat ketiga Kilauan Emas Selebriti itu mendedahkan dia sebenarnya enggan mengambil kisah mengenai perkara berkenaan.

Malah, dia juga tidak mahu memanjangkan lagi isu tersebut, lebih-lebih lagi apabila ada segelintir netizen yang mula mengecam dan mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap Abiejam.

Zila Bakarin Ulas Isu Squishy RM12,000, Enggan Lagi Panjangkan Cerita - “Saya Tak Menghina Pun, Tak Mengapalah…”

“Kemudian dia kata ibunya minat saya. Jadi, dia pula paksa ibunya untuk membenci saya disebabkan isu ini. Saya balas mesej itu dan minta dia kirim salam pada ibunya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Saya tak perlu jawab lebih, orang lain yang tolong jawabkan. Bila orang lain yang jawabkan, saya pula yang rasa sakit. Orang di Threads ini, kalau mereka tak suka seseorang itu, kata-kata mereka lebih menyakitkan dan menghina.

“Tapi dia yang seakan meminta orang hina dia. Saya tak menghina pun. Tak mengapalah saya kasihankan dia,” akhirinya.

Terdahulu, isu berkenaan tercetus selepas Zila meninggalkan komen pada hantaran Abiejam yang berkongsi tindakannya membelanjakan RM12,000 untuk membeli permainan squishy bagi diberikan kepada kanak-kanak.

Abiejam mendakwa komen tersebut memberi kesan kepadanya apabila tindakannya itu mengundang pelbagai kecaman daripada pengguna media sosial.

Usahawan berkenaan turut mempersoalkan komen Zila kerana beranggapan ia tidak selari dengan imej pelakon itu yang kini berhijab dan bergelar ibu.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Hanya Jangka Naib Juara…,” – Eunice Wong Tak Sangka Jadi...

Peserta Miss Universe Malaysia (MUM) 2026, Eunice Wong terharu walau mengakui tidak menyangka dirinya akan dinobatkan sebagai juara pada malam kemuncak acara berprestij tersebut.