Ads

Nora Ariffin Minta Cinta Di Akhir Garisan OG & 2.0 Dihargai – “Usah Bandingkan, Masing-Masing Ada Aura Sendiri.”

Penyanyi Datuk Nora Ariffin meminta semua pihak agar tidak terus membandingkan lagu Cinta Di Akhir Garisan versi asal dan versi baharu yang dirakamkan kembali.

Menurut Nora, sebagai salah seorang penyanyi asal bersama Datuk Ziana Zain, Ning Baizura dan Dessy Fitri, dia berpandangan kedua-dua versi mempunyai kelebihan, keistimewaan dan aura tersendiri, selain mewakili sentuhan serta identiti muzik daripada dua era berbeza.

Nora Ariffin Minta Cinta Di Akhir Garisan OG & 2.0 Dihargai - “Usah Bandingkan, Masing-Masing Ada Aura Sendiri.” Nora Ariffin Minta Cinta Di Akhir Garisan OG & 2.0 Dihargai - “Usah Bandingkan, Masing-Masing Ada Aura Sendiri.”

“Tak perlu bandingkan Cinta Di Akhir Garisan OG dengan 2.0. Masing-masing ada kelebihan, keistimewaan dan aura tersendiri.

“Kita enjoy dan hargai kedua-duanya kerana akhirnya, yang menang adalah industri muzik kita,” tulisnya.

Ads

Pandangan tersebut disuarakan penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.

Dalam pada itu, Nora turut menyeru semua pihak agar terus menghargai dan meraikan anak-anak seni yang selama ini mewarnai industri muzik tanah air tanpa mengira generasi.

Nora Ariffin Minta Cinta Di Akhir Garisan OG & 2.0 Dihargai - “Usah Bandingkan, Masing-Masing Ada Aura Sendiri.” Nora Ariffin Minta Cinta Di Akhir Garisan OG & 2.0 Dihargai - “Usah Bandingkan, Masing-Masing Ada Aura Sendiri.”

Ads

Rai Karya Lama & Baharu Tanpa Sebar Kebencian

“Teruskan menghargai lagu-lagu yang bagus, penyanyi yang kita membesar bersama, legenda dan bakat-bakat hebat yang sudah lama menceriakan industri.

“Raikan yang lama, sambut yang baru. Tak perlu bandingkan. Nikmati sahajalah muziknya dan usah sebar kebencian,” kongsinya lagi.

Terdahulu, lagu Cinta Di Akhir Garisan diberikan nafas baharu menerusi paduan suara empat penyanyi terkenal iaitu Marsha Milan, Aisha Retno, Adira Suhaimi dan Nadeera Zaini.

Ads

Dengan sentuhan komposer terkenal, Ajai, lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 dilaporkan telah meraih lebih 280,000 tontonan di YouTube.

Anda mungkin berminat dengan

Bagaimanapun, kemunculan versi baharu itu turut mencetuskan perbandingan dalam kalangan peminat muzik yang mula membandingkan persembahan dan kekuatan vokal antara versi asal dengan versi yang terkini.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram & Threads Nora Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Memang Impian Saya Untuk Buat Di Stadium…,” – Misha Omar Tangguh...

Penyanyi Misha Omar mengakui dirinya teruja untuk menjayakan Showcase ‘Aku & Lelaki’, yang disifatkan sebagai satu pendekatan baharu dalam meraikan perjalanan seni yang sudah mencecah lebih dua dekad.