Ads

“Jauh Lagi Perjalanannya,” – Bella Astillah Masih Menyesuaikan Diri Dengan Kehidupan Berumah Tangga Dengan Syed Saddiq, Enggan Terlalu Mendesak Soal Kejutan Bulan Madu

Selepas lebih sebulan melayari bahtera perkahwinan, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mengakui dia dan suami yang juga ahli politik, Syed Saddiq, masih dalam proses menyesuaikan diri dengan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

Menurut Bella, tempoh tersebut masih terlalu singkat untuk mereka benar-benar mengenali serta memahami kehidupan masing-masing, apatah lagi sebelum ini keduanyq mempunyai rutin harian dan komitmen kerjaya yang berbeza.

“Jauh Lagi Perjalanannya,” - Bella Astillah Masih Menyesuaikan Diri Dengan Kehidupan Berumah Tangga Dengan Syed Saddiq, Enggan Terlalu Mendesak Soal Kejutan Bulan Madu

“Ada perkara yang seharusnya saya simpan untuk diri sendiri sahaja. Namun, ketika ini, kami sedang saling belajar tentang kehidupan masing-masing.

“Sebelum ini, kita tinggal berasingan. Dari segi kerjaya pula, pekerjaan kita juga berbeza. Kami masih berusaha untuk saling memahami,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Lebih Baik Berpisah itu berkata demikian ketika ditemui pada acara Nona Gala Awards 2026 yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur, malam tadi.

“Jauh Lagi Perjalanannya,” - Bella Astillah Masih Menyesuaikan Diri Dengan Kehidupan Berumah Tangga Dengan Syed Saddiq, Enggan Terlalu Mendesak Soal Kejutan Bulan Madu

Bella turut mencipta momen membanggakan apabila dinobatkan sebagai penerima anugerah bagi kategori People’s Choice Awards hasil undian peminat pada acara berkenaan.

Tidak Mahu Mendesak Suami Soal Kejutan Bulan Madu

Mengulas mengenai kejutan bulan madu yang pernah dijanjikan Syed Saddiq sebelum ini, Bella bagaimanapun mengakui tidak mahu terlalu mendesak kerana memahami komitmen serta tanggungjawab yang digalasnya sebagai Ahli Parlimen.

Ads

“Jauh Lagi Perjalanannya,” - Bella Astillah Masih Menyesuaikan Diri Dengan Kehidupan Berumah Tangga Dengan Syed Saddiq, Enggan Terlalu Mendesak Soal Kejutan Bulan Madu

“Kejutan itu masih belum berlaku. Segalanya akan berlaku selepas Syed Saddiq tamat sesi di parlimen. Saya pun tidak mendesak kerana saya faham situasinya.

“Lagipun, ketika ini, saya juga sibuk nak menyesuaikan diri tinggal di rumah baharu. Banyak perkara yang jauh lebih penting yang sedang saya fokuskan.

“Berbulan madu itu adalah bonus. Saya tidak akan memaksa atau kerap bertanya kepada suami,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Bella turut berkongsi keterujaannya melihat anak-anak yang kini semakin gembira menjalani kehidupan baharu selepas dia mendirikan rumah tangga bersama Syed Saddiq.

“Jauh Lagi Perjalanannya,” - Bella Astillah Masih Menyesuaikan Diri Dengan Kehidupan Berumah Tangga Dengan Syed Saddiq, Enggan Terlalu Mendesak Soal Kejutan Bulan Madu

Ads

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan. Kebiasaanya anak-anak ini agak susah untuk buat mereka faham. Namun, mereka kini sangat gembira. Itu jauh lebih penting buat masa ini,” kongsinya lagi.

Syed Saddiq Tidak Pernah Halang Kerjaya Seni Bella

Bercerita mengenai perancangan kerjaya sebagai anak seni, Bella menjelaskan, Syed Saddiq tidak pernah meletakkan sebarang syarat mahupun menghalangnya untuk terus aktif dalam bidang seni.

“Jauh Lagi Perjalanannya,” - Bella Astillah Masih Menyesuaikan Diri Dengan Kehidupan Berumah Tangga Dengan Syed Saddiq, Enggan Terlalu Mendesak Soal Kejutan Bulan Madu

Malah, suaminya itu sentiasa memberikan sokongan dan kebebasan kepadanya untuk membuat keputusan berkaitan kerjaya.

Bagaimanapun, Bella mengakui tidak mahu terlalu tergesa-gesa untuk kembali aktif dalam bidang lakonan kerana mahu menikmati fasa awal perkahwinan selain memberikan lebih perhatian kepada anak-anak yang sedang membesar.

Ads

“Setakat ini, Syed Sadiq tidak meletakkan sebarang syarat mengenai kerjaya saya. Dia sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat.

Anda mungkin berminat dengan

“Dia mahu saya teruskan apa sahaja yang saya rasakan terbaik. Sudah lama juga saya tidak berlakon. Kita tengoklah bagaimana perancangan tahun hadapan nanti.

“Saya tidak mahu terlalu tergesa-gesa. Saya baru sahaja memasuki alam perkahwinan. Saya mahu ambil langkah perlahan-lahan.

“Ketika ini, saya merasakan kedua-dua anak saya sedang membesar. Selagi mana saya boleh bersama-sama mereka, saya mahu luangkan masa itu,” akhirinya.

Imbas kembali, Bella dan Syed Saddiq selamat melangsungkan majlis pernikahan pada 10 Oktober lalu.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum mereka berpisah pada 13 Jun 2024.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.   

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Pija, Sahri & Fatin Is Back! Kembali Warnai Industri Muzik Menerusi...

Bakat seni tidak pernah padam, namun tanpa peluang dan sokongan berterusan, penyanyi berkualiti berisiko dilupakan meskipun pernah mencipta nama serta memiliki kemampuan vokal yang...