
Pihak pengurusan pelakon, Zarif Ghazzi tampil mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu dan dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan artis di bawah naungan mereka.
Dalam satu kenyataan pada Rabu yang dikongsikan di media sosial, pihak pengurusan Zarif mengambil maklum serta memandang serius isu dan dakwaan yang sedang hangat diperkatakan, khususnya yang melibatkan artis di bawah naungan mereka.
Dalam pada itu, Zarif menerusi pihak pengurusannya, turut menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau berkemungkinan merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
View this post on Instagram
“Pertama sekali, pihak pengurusan Zarif Ghazzi mengambil maklum dan memandang serius isu serta dakwaan yang sedang diperkatakan melibatkan artis di bawah pengurusan kami.
“Untuk makluman, Zarif Ghazzi dengan tegas menafikan sebarang dakwaan salah laku yang dikaitkan atau yang mungkin ditafsirkan sebagai merujuk kepada dirinya, sama ada secara langsung, tidak langsung mahupun melalui sebarang bentuk innuendo,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tegaskan Pegang Prinsip Profesionalisme & Integriti
Dalam masa sama, pihak pengurusan turut mempertahankan reputasi Zarif dengan menegaskan artis berkenaan sentiasa mengutamakan profesionalisme, integriti serta rasa hormat dalam setiap urusan sepanjang penglibatan dalam industri hiburan.

“Zarif Ghazzi sentiasa berpegang kepada konsep profesionalisme, integriti dan sentiasa hormat dalam setiap urusan beliau sepanjang penglibatan beliau dalam industri seni hiburan,” jelas kenyataan itu lagi.
Susulan itu, pihak pengurusan Zarif turut memaklumkan satu laporan polis telah dibuat, selain melantik wakil peguam bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian.

“Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat dan wakil peguam telah dilantik bagi mendapatkan nasihat serta meneliti tindakan perundangan yang bersesuaian.
“Kami menyeru semua pihak, termasuk pihak media dan masyarakat, agar tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan reputasi, maruah dan hak mana-mana individu yang terlibat.
“Buat masa ini, kami menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan saluran perundangan yang sewajarnya,” katanya.
Pihak pengurusan juga tidak akan mengeluarkan sebarang penjelasan lanjut mengenai isu yang masih dalam penelitian.
Anda mungkin berminat dengan

“Sehubungan itu, pihak kami tidak akan mengulas lanjut mengenai perkara yang masih dalam penelitian.
“Kami menghargai perhatian dan sokongan semua pihak serta berharap agar proses sewajarnya diberikan ruang untuk berjalan secara adil dan profesional,” akhirinya.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zarif Ghazzi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!


