Ads

Nabila Razali Teruja Lihat Semangat 1,500 Mahasiswa, Imbau Kenangan Zaman Belajar – “Tumpang Gembira, Bangga Dengan Adik-Adik Kita”

Penyanyi Nabila Razali menyifatkan peluang menghiburkan mahasiswa anak Pahang menerusi Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st, sebagai pengalaman menyeronokkan.

Melihat semangat dan keterujaan para mahasiswa yang menyertai program berkenaan turut mengimbau kembali kenangan Nabila ketika bergelar pelajar suatu ketika dahulu.

Nabila, 34, gembira melihat golongan mahasiswa memanfaatkan masa dengan menyertai pelbagai aktiviti bermanfaat, selain dapat mengeratkan hubungan sesama rakan.

“Sudah tentu bila melihat para pelajar yang bersemangat, perasaan kita pun rasa teruja. Sangat ‘fun’, mereka berkawan-kawan dan isi masa lakukan aktiviti bermanfaat bersama-sama.

“Bila mengikuti konvensyen seperti ini, ia mengimbas kembali perjalanan saya sewaktu bergelar pelajar suatu ketika dulu. Tumpang gembira dan bangga dengan adik-adik kita.

“Saya pun rasa teruja bila dapat bersama-sama mwnghiburkan pelajar anak Pahang ini. Suka dengan energi yang mereka berikan. Mereka sokong dan turut menyanyi bersama-sama. Jadi bonus kepada saya juga.

“Sudah tentulah kita hadir untuk menyanyi, jadi bila yang menonton pun beri sokongan yang luar biasa tu, rasa lebih dihargai.

Ads

“Ini pun bukan kali pertama saya bersama dengan program membabitkan Pahang 1st, harapnya kerjasama berterusan, insya-Allah,” katanya.

Nabila Razali Teruja Lihat Semangat 1,500 Mahasiswa, Imbau Kenangan Zaman Belajar - “Tumpang Gembira, Bangga Dengan Adik-Adik Kita” Nabila Razali Teruja Lihat Semangat 1,500 Mahasiswa, Imbau Kenangan Zaman Belajar - “Tumpang Gembira, Bangga Dengan Adik-Adik Kita” Nabila Razali Teruja Lihat Semangat 1,500 Mahasiswa, Imbau Kenangan Zaman Belajar - “Tumpang Gembira, Bangga Dengan Adik-Adik Kita”

Himpunkan 1,500 Mahasiswa Pahang Dari 27 IPT

Untuk rekod, seramai 1,500 mahasiswa anak Pahang dari seluruh negara bakal berhimpun menerusi Konvensyen Bakti Negeri Siswa Pahang Apresiasi Pahang 1st yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 14 November lalu itu.

Selain Nabila, program itu turut menampilkan persembahan khas daripada kumpulan Floor 88 yang menyampaikan beberapa buah lagu.

Konvensyen berkenaan bukan sekadar menjadi medan pertemuan mahasiswa, malah platform menghimpunkan suara anak muda untuk membincangkan masa depan serta pembangunan Negeri Pahang.

Ads

Nabila Razali Teruja Lihat Semangat 1,500 Mahasiswa, Imbau Kenangan Zaman Belajar - “Tumpang Gembira, Bangga Dengan Adik-Adik Kita” Nabila Razali Teruja Lihat Semangat 1,500 Mahasiswa, Imbau Kenangan Zaman Belajar - “Tumpang Gembira, Bangga Dengan Adik-Adik Kita” Nabila Razali Teruja Lihat Semangat 1,500 Mahasiswa, Imbau Kenangan Zaman Belajar - “Tumpang Gembira, Bangga Dengan Adik-Adik Kita”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/penyanyi-nombor-satu-pun-ada-haters-apatah-lagi-saya-nabila-razali-kalis-kecaman-tapi-takkan-berdiam-jika-keluarga-disentuh/

‘Townhall’ Bersama Menteri Besar Antara Pengisian Utama

Antara pengisian utama konvensyen ialah Persidangan Mahasiswa Anak Pahang yang menjadi ruang perbincangan serta pembentukan resolusi berkaitan kepentingan mahasiswa dan pembangunan negeri.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Program itu turut menampilkan sesi Townhall bersama Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, sekali gus membuka peluang kepada mahasiswa berinteraksi secara langsung dengan kepimpinan kerajaan negeri.

Selain itu, majlis berkenaan turut menyaksikan pelantikan Duta Perpaduan Kerajaan Negeri Pahang dalam kalangan mahasiswa bagi memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan.

Penganjuran konvensyen itu melibatkan penyertaan mahasiswa daripada 27 institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia, antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menerusi penganjuran Apresiasi Pahang 1st, mahasiswa diharap dapat menjadi rakan strategik dalam pembangunan negeri dengan menyumbangkan idea, kepakaran dan tenaga, selain memperkukuh hubungan bersama kerajaan negeri.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Video Berkaitan
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Hans Isaac Bakal Kahwini Francisca Luhong Pertengahan 2027, Ikat Tali Pertunangan...

Pelakon merangkap Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac, memaklumkan dia bakal melangsungkan majlis perkahwinan bersama kekasih hatinya yang juga bekas...