Ads

“Snippets Pun Dah Boleh Buat Naik Hormon…,” – Kesabaran Shila Amzah Pun Diuji Gara-Gara ‘Suamiku Anak Mak’… Komen Netizen ‘Keluarga Toksik’ & ‘Suami Lembik’ Jadi Sorotan

Shila Amzah
Shila Amzah

Bukan calang-calang penangan drama terbaru berjudul Suamiku Anak Mak apabila potongan babak yang dikongsikan di media sosial sudah cukup mencetuskan emosi penonton, termasuk penyanyi, Shila Amzah yang mengakui tidak mempunyai kesabaran untuk mengikuti drama berkenaan.

Menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya, Shila meluahkan perasaan selepas menonton beberapa sedutan drama yang kini hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

“Tak cukup sabar untuk tengok cerita ‘Anak Mak’ ni. Lalu-lalu snippets kat Thread pun dah boleh buat naik hormon cortisol,” tulisnya.

Kenyataan spontan itu nyata mencuri perhatian kerana menggambarkan betapa kuatnya kesan babak dalam drama berkenaan terhadap emosi penonton, meskipun hanya menyaksikan potongan pendek yang tular di media sosial.

Mak Leha & Haris Buat Ramai Hilang Sabar!

Bukan Shila seorang yang berasakan demikian, malah ruangan komen media sosial turut dibanjiri reaksi penonton yang meluahkan rasa geram terhadap gelagat watak Mak Leha, lakonan Dian P. Ramlee, serta Haris yang dibawakan oleh Keith Foo.

Antara komen yang mencuri perhatian termasuklah; ‘mertua dari neraka’, ‘keluarga toksik’ dan ‘suami lembik’, sekali gus menggambarkan kekecewaan penonton terhadap konflik antara watak utama drama berkenaan.

Watak Mak Leha khususnya menjadi perhatian apabila tindakannya mencetuskan ketegangan dalam kehidupan rumah tangga anaknya, Haris, sekali gus menguji kesabaran Zaraa yang dilakonkan oleh Emma Maembong.

Ads

Sementara itu, Haris turut menjadi sasaran kritikan apabila penonton mempersoalkan pendiriannya dalam mengimbangi tanggungjawab terhadap ibu dengan peranannya sebagai seorang suami.

Reaksi tersebut membuktikan bahawa konflik yang dipaparkan berjaya mencetuskan perbincangan dalam kalangan penonton, khususnya berkaitan hubungan ibu mentua dengan menantu serta tanggungjawab seorang suami selepas berkahwin.

 

“Snippets Pun Dah Boleh Buat Naik Hormon...,” – Kesabaran Shila Amzah Pun Diuji Gara-Gara 'Suamiku Anak Mak'... Komen Netizen 'Keluarga Toksik' & 'Suami Lembik' Jadi Sorotan
 

“Snippets Pun Dah Boleh Buat Naik Hormon...,” – Kesabaran Shila Amzah Pun Diuji Gara-Gara 'Suamiku Anak Mak'... Komen Netizen 'Keluarga Toksik' & 'Suami Lembik' Jadi Sorotan “Snippets Pun Dah Boleh Buat Naik Hormon...,” – Kesabaran Shila Amzah Pun Diuji Gara-Gara 'Suamiku Anak Mak'... Komen Netizen 'Keluarga Toksik' & 'Suami Lembik' Jadi Sorotan

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/emma-maembong-kongsi-sebab-tertarik-dengan-dj-kidd-sifat-bertanggungjawab-jadi-tarikan-apa-yang-saya-pandang-adalah-hatinya/

https://www.mediahiburan.my/saya-membesar-dalam-keluarga-yang-berpecah-emma-maembong-kekalkan-rutin-beraya-dengan-bekas-suami-tak-mahu-anak-anak-rasa-kekurangan/

Kisah ‘Anak Mak’ Yang Dekat Dengan Realiti

Menariknya, kekuatan Suamiku Anak Mak bukan hanya terletak pada konflik yang mencetuskan kemarahan penonton, tetapi turut mengetengahkan isu kekeluargaan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

Ads

Istilah ‘anak mak’ sering digunakan untuk menggambarkan lelaki yang mempunyai hubungan rapat dengan ibunya. Namun, keadaan boleh menjadi rumit apabila hubungan tersebut mula mempengaruhi keputusan dalam rumah tangga sehingga menjejaskan perasaan dan kebahagiaan pasangan.

Anda mungkin berminat dengan

Dalam drama ini, Haris berdepan dilema apabila perlu mengimbangi kasih sayang terhadap ibunya, Mak Leha, dengan tanggungjawabnya terhadap Zaraa.

Bagi penonton, persoalannya bukan sama ada seorang anak lelaki perlu menyayangi ibunya atau tidak, sebaliknya sejauh mana dia mampu menjadi suami yang bertanggungjawab tanpa membiarkan konflik keluarga terus berlarutan.

Situasi itu turut menjadikan watak Zaraa dekat dengan penonton yang pernah menyaksikan atau berdepan dilema serupa dalam kehidupan sebenar.

Dibintangi Emma Maembong, Keith Foo, Dian P. Ramlee dan Izzue Islam, Suamiku Anak Mak kini sedang ditayangkan menerusi slot Megadrama, jam 10 malam di saluran Astro Ria, dan boleh distrim menerusi platform sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Jazmy Juma Rupanya Sudah Ada Lagu Sendiri Sejak 2024, Bukan Sebab...

Pelakon yang kini muncul menerusi single berjudul Kuterima Bahagiamu, Jazmy Juma menegaskan penglibatannya dalam bidang nyanyian bukan sekadar mengikut trend segelintir pelakon lelaki yang kini turut mencuba nasib sebagai penyanyi.