Ads

Emma Maembong Kongsi Sebab Tertarik Dengan DJ Kidd, Sifat Bertanggungjawab Jadi Tarikan – “Apa Yang Saya Pandang Adalah Hatinya.”

Pelakon Emma Maembong mendedahkan sikap bertanggungjawab dan sifat mementingkan keluarga menjadi antara faktor utama yang membuatkan dia tertarik dengan kekasihnya, DJ Kidd.

Menurut Emma, kekayaan bukanlah ukuran utama dalam memilih pasangan.

Sebaliknya, dia lebih menghargai keperibadian serta kesungguhan lelaki itu dalam mencari rezeki.

“Dia seorang yang sangat rajin bekerja dan suka membuatkan saya ketawa. Sejak dahulu lagi, ramai yang bertanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman saya.

“Jawapan saya tetap sama, saya tidak kisah sama ada seseorang lelaki itu kaya atau tidak.

“Apa yang penting, dia seorang yang mementingkan keluarga, pandai membawa diri dan bertanggungjawab.

“Saya sendiri seorang yang sangat mementingkan keluarga dan semua ciri-ciri itu ada pada dirinya.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki yang baik, semuanya akan menjadi lebih baik,” katanya kepada MH.

Emma berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 yang berlangsung di Selangor International Trade Centre, Shah Alam, pada Ahad.

Ads

Emma Maembong Kongsi Sebab Tertarik Dengan DJ Kidd, Sifat Bertanggungjawab Jadi Tarikan - “Apa Yang Saya Pandang Adalah Hatinya.”

Emma Maembong Kongsi Sebab Tertarik Dengan DJ Kidd, Sifat Bertanggungjawab Jadi Tarikan - “Apa Yang Saya Pandang Adalah Hatinya.”

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/dj-kidd-ulas-hubungan-dengan-emma-maembong-saya-akan-menjaga-hatinya-tak-mahu-membuatkan-dia-bersedih-dan/

Sifat Kebapaan DJ Kidd Jadi Tarikan

Dalam pada itu, Emma turut memuji sifat kebapaan DJ Kidd yang disifatkan sebagai seorang lelaki penyayang.

Ads

“Sifat kebapaannya sangat tinggi dan dia sendiri sudah mempunyai dua orang anak.

“Jadi apabila bersama anak saya, dia secara automatik tahu bagaimana untuk menjaga dan menguruskan anak,” ujarnya lagi.

Sementara itu, pelakon drama Seadanya Kita itu turut meluahkan rasa kagum terhadap kesungguhan DJ Kidd yang bekerja keras demi memberikan yang terbaik dalam hubungan mereka.

Malah, Emma mendedahkan DJ Kidd tidak pernah membiarkannya menanggung sebarang perbelanjaan meskipun pendapatannya adakalanya tidak menentu.

“Dia seorang yang sangat kuat bekerja untuk mendapatkan sesuatu. Dia sanggup bekerja siang dan malam demi memberikan komitmen kepada saya.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Tidak pernah sekali pun saya perlu membayar makanan atau perbelanjaan lain ketika kami keluar bersama kerana semuanya ditanggung olehnya.

“Walaupun ada kalanya pendapatannya tidak menentu, dia tetap akan membayar.

“Disebabkan sikap itulah, saya percaya rezekinya sentiasa dimurahkan,” jelasnya.

“Apa Yang Saya Pandang Adalah Hatinya.”

Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu menegaskan kemewahan bukanlah keutamaan dalam memilih pasangan kerana bagi Emma, dia lebih mengutamakan keikhlasan hati seseorang.

“Insya-Allah, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi seorang yang kaya dan mampu menjaga saya dengan lebih baik.

“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tetapi saya tidak pernah memandang semua itu. Apa yang saya pandang adalah hatinya,” akhirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Thank You Baby,” – Amira Othman ‘Penyelamat’ Jadi ‘MUA’ Untuk Suami,...

Pelakon, Fattah Amin tampil dengan sentuhan istimewa apabila isterinya yang juga penyanyi, Amira Othman mengambil peranan sebagai jurusolek bagi menyempurnakan penampilannya ketika menghadiri Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026), malam tadi.