Ads

“Thank You Baby,” – Amira Othman ‘Penyelamat’ Jadi ‘MUA’ Untuk Suami, Fattah Amin Tampil Kacak & Menang Anugerah Di AMT2026

Pelakon, Fattah Amin tampil dengan sentuhan istimewa apabila isterinya yang juga penyanyi, Amira Othman mengambil peranan sebagai jurusolek bagi menyempurnakan penampilannya ketika menghadiri Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT2026), malam tadi.

Menurut Fattah, dia bertuah kerana mempunyai ‘MUA’ istimewa di sisi yang sudi menyiapkan penampilannya untuk acara berkenaan, memandangkan semua jurusolek sibuk dengan komitmen bersama artis masing-masing.

“Thank You Baby,” - Amira Othman ‘Penyelamat’ Jadi ‘MUA’ Untuk Suami, Fattah Amin Tampil Kacak & Menang Anugerah Di AMT2026

“Untuk pengetahuan semua, hari ini saya tak dapat nak gunakan khidmat jurusolek kerana kesemua mereka sibuk dan sudah ada artis untuk ditatarias.

“Jadi, jurusolek saya hari ini ialah Amira Othman. Nampak okaykan wajah saya? Dialah bertindak sebagai MUA saya hari ini. Thank you baby.

“Kalau ada yang berminat, bolehlah guna khidmatnya nanti,” selorohnya.

Fattah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media AMT2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Selangor (SITC), Shah Alam, pada Ahad.

Tak Sangka Menang Selebriti Maskulin Terhangat, Anggap Rezeki Anak

Dalam pada itu, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini mengakui tidak menyangka bakal dinobatkan sebagai pemenang trofi Selebriti Maskulin Terhangat, apatah lagi perlu bersaing dengan barisan calon lain yang disifatkannya turut memiliki aura maskulin tersendiri.

Ads

“Thank You Baby,” - Amira Othman ‘Penyelamat’ Jadi ‘MUA’ Untuk Suami, Fattah Amin Tampil Kacak & Menang Anugerah Di AMT2026

“Ekspektasi saya dan isteri hadir ke majlis ini hanyalah sebagai penyampai anugerah sahaja. Kita tahu nama kami tercalon tapi kami tak rasa akan menang.

“Ingatkan selepas sampaikan anugerah, kami boleh pulang.

“Bila diumumkan sebagai pemenang untuk kategori ini, saya agak terkejut. Rasanya calon-calon lain lebih maskulin daripada saya.

Ads

“Saya tak rasa yang saya layak. Mungkin ini adalah rezeki anak juga. Lagipun peminat saya yang berusaha mengundi,” katanya lagi.

Berkongsi mengenai rutin menjaga penampilan, Fattah berkata sebagai anak seni, dia sentiasa menitikberatkan aspek kekemasan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, lebih-lebih lagi apabila menghadiri acara yang menjadi tumpuan ramai.

“Thank You Baby,” - Amira Othman ‘Penyelamat’ Jadi ‘MUA’ Untuk Suami, Fattah Amin Tampil Kacak & Menang Anugerah Di AMT2026

“Sebagai selebriti, kita sentiasa menjaga penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki. Bila kita keluar, ramai mata yang memandang. Dari segi outfit, kita kena sentiasa nampak kemas dan bersesuaian dengan acara.

Ads

“Penjagaan wajah juga saya amat titik beratkan. Ada kalanya bila ada jalani penggambaran, kita terikat dengan karakter. Bila sudah habis, kita kemaskan semula penampilan itu,” kongsinya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Teliti Pilih Pakaian, Mahu Penampilan Sentiasa Kemas

Dalam masa sama, bapa kepada dua cahaya mata ini mengakui dirinya agak teliti dalam soal pemilihan pakaian dan memastikan setiap persalinan yang digayakan bersesuaian dengan cita rasa serta keselesaannya.

“Thank You Baby,” - Amira Othman ‘Penyelamat’ Jadi ‘MUA’ Untuk Suami, Fattah Amin Tampil Kacak & Menang Anugerah Di AMT2026

“Saya agak memilih sedikit bila bercakap soal pakaian ini. Kalau ada yang tak kena, saya yang akan memakainya. Nanti, saya sendiri yang akan rasa tak puas hati.

“Saya akan pastikan stylist saya akan memberikan beberapa pilihan pakaian untuk saya pakai ke sesebuah majlis. Kalau tak okay, saya akan bagitahu awal-awal.

“Mereka juga sangat fleksibel dan faham kemahuan saya,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Fazley Cedera Waktu Main Badminton, Vida Sanggup Pulang Awal Dari China...

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa terharu dengan sikap prihatin usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang sanggup pulang lebih awal dari China selepas mengetahui dirinya mengalami kecederaan ketika menjalani latihan badminton, baru-baru ini.