Ads

Ara Johari Kongsi Detik Cemas Tersekat Di Dalam Lif, 40 Minit Sebelum Diselamatkan – “Ketika Situasi, Talian Telefon Tiada Langsung.”

Penyanyi Ara Johari berkongsi detik cemas apabila dia terperangkap di dalam lif ketika menghadiri sebuah acara di Sarawak, baru-baru ini.

Menurut Ara, kejadian itu berlaku ketika dia sedang bersiap sedia untuk menghadiri acara berkenaan.

Bagaimanapun, lif yang dinaikinya tiba-tiba tersangkut, menyebabkannha terperangkap bersama pengurus serta pasukan medik yang bertugas untuk acara tersebut.

Ara Johari Kongsi Detik Cemas Tersekat Di Dalam Lif, 40 Minit Sebelum Diselamatkan - “Ketika Situasi, Talian Telefon Tiada Langsung.”“Ketika itu, saya berada di sebuah hotel di Sarawak untuk menghadiri sebuah acara. Hotel itu bersambung dengan pusat beli belah.

“Bila jam 3.30 petang, saya nak naik ke bilik, lif itu tersangkut. Di dalam lif tersebut, ada saya, pengurus dan pasukan medik bagi acara berkenaan.

“Ketika itu, saya bertenang sahaja kerana saya tak tahu nak buat apa. Cuma pengurus saya yang berusaha membuka pintu lif,” katanya kepada MH.

Ara berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Kisah Yang Hampir Sempurna di pejabat Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, pada Selasa.

Ads

Ara Johari Kongsi Detik Cemas Tersekat Di Dalam Lif, 40 Minit Sebelum Diselamatkan - “Ketika Situasi, Talian Telefon Tiada Langsung.”

Tersekat Hampir 40 Minit, Terpaksa Panjat Keluar Lif

Jelas penyanyi lagu Menjaga Jodoh Orang Lain itu lagi, dia terperangkap hampir 40 minit sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan juruteknik.

Ara Johari Kongsi Detik Cemas Tersekat Di Dalam Lif, 40 Minit Sebelum Diselamatkan - “Ketika Situasi, Talian Telefon Tiada Langsung.”

“Ketika dalam situasi itu, talian telefon memang tiada langsung. Bila kita tekan butang loceng pun tak didengari kerana kami tersekat di bahagian parkir yang tiada orang naik langsung.

Ads

“Bila kita dapat buka sedikit pintu lif itu, barulah kami dapat hubungi pasukan saya dan pihak program untuk menukar waktu acara serta hubungi juru teknik untuk mengeluarkan kami.

“Saya tersekat hampir 40 minit. Selepas dapat buka pintu lif, kami kena panjat untuk keluar,” ujarnya lagi.

Ditanya sama ada insiden tersebut membuatkan dirinya fobia untuk menaiki lif, Ara bagaimanapun bersyukur kerana masih mampu bertenang ketika berdepan situasi cemas itu.

Ara Johari Kongsi Detik Cemas Tersekat Di Dalam Lif, 40 Minit Sebelum Diselamatkan - “Ketika Situasi, Talian Telefon Tiada Langsung.”

Ads

“Saya pula tak tahu nak beri reaksi bagaimana ketika itu. Bila hal itu berlaku, saya tidak terlalu panik. Nasib baik ketika itu saya ada bersama pengurus.

Anda mungkin berminat dengan

“Kalau saya seorang diri, tak tahulah apa yang akan berlaku. Rasanya saya akan reda sahaja sehingga pintu terbuka. Saya tidaklah terlalu fobia di tempat sempit.

“Nasib baik ketika itu tidak terlalu ramai orang di dalam lif. Selepas kejadian itu, saya masih rasa biasa sahaja dan tidak fobia untuk menaiki lif,” akhirinya.

Lancar Single Baharu, Bakal Adakan Showcase

Sementara itu, Ara baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Kisah Yang Hampir Sempurna, hasil nukilan Aepul Roza dan Daus Drama Band.

Pada majlis sama, Ara turut mengumumkan bakal mengadakan showcase istimewa yang diberi nama ‘Sedekad BersuAra’ bagi meraikan genap 10 tahun penglibatannya dalam industri seni.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Mummy Tersenyum Dalam Kesedihan Sebab…,” – Watie Sebak Thalita & Matin...

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa sebak apabila anak-anak, Thalita dan Matin, turut menerima pertanyaan berhubung dakwaan yang mengaitkan hubungannya dengan suami ketika arwah ibu mereka, penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah masih hidup.