Ads

Siti Nurhaliza Kagumi Kehebatan Habsah Hassan, Sering Hasilkan Karya Dekat Dengan Jiwa – “Ketika Sampaikan Lagu Ini, Saya Berada Dalam Keadaan Sayu…”

Screenshot

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengagumi kemampuan penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan yang berjaya menghasilkan lirik penuh makna menerusi lagu Pesanan Buat Diri.

Menurut Siti, lirik yang ditulis Habsah itu cukup dekat dengan dirinya sehingga membuatkan dia turut berasa sayu dan sebak ketika menyampaikan lagu berkenaan.

Siti Nurhaliza Kagumi Kehebatan Habsah Hassan, Sering Hasilkan Karya Dekat Dengan Jiwa - “Ketika Sampaikan Lagu Ini, Saya Berada Dalam Keadaan Sayu...” Siti Nurhaliza Kagumi Kehebatan Habsah Hassan, Sering Hasilkan Karya Dekat Dengan Jiwa - “Ketika Sampaikan Lagu Ini, Saya Berada Dalam Keadaan Sayu...”

“Ketika menyampaikan lagu ini, saya berada dalam keadaan sayu dan sebak. Lagu ini seakan ada kena mengena dengan diri sendiri juga. Yang mendengar juga boleh kaitkan dengan diri mereka.

“Lagu ini membawakan mesej jelas bahawa kehidupan manusia ini tidak akan selamanya indah dan sedih. Kita kena reda dengan keadaan dan jangan terlalu lama bersedih.

“Lirik-liriknya memberikan impak yang luar biasa kepada pendengar dan saya sebagai penyanyi,” katanya kepada MH.

Ads

Siti berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), baru-baru ini.

Habsah Hassan Banyak Gambarkan Kehidupan Siti

Dalam masa sama, Siti turut menyifatkan Habsah sebagai penulis lirik yang cukup memahami perjalanan hidupnya sehingga mampu menterjemahkan pelbagai pengalaman dilaluinya menerusi karya yang dihasilkan.

Siti Nurhaliza Kagumi Kehebatan Habsah Hassan, Sering Hasilkan Karya Dekat Dengan Jiwa - “Ketika Sampaikan Lagu Ini, Saya Berada Dalam Keadaan Sayu...”

“Saya tahu Kak Habsah ini, bila beliau menulis lagu, beliau banyak menggambarkan kehidupan seorang Siti Nurhaliza. Lagu-lagu sebelum ini juga begitu. Antara lagu yang memberikan kesan adalah Tanpa Dendam Di Hati.

Ads

“Lagu itu memang tentang diri saya. Sebab itulah beliau diangkat sebagai pencipta lagu yang hebat. Dia berjaya menggambarkan apa yang dilalui oleh artis itu sendiri.

“Lagu Pesanan Buat Diri itu memang diciptakan untuk saya. Bagi yang mendengar, boleh jadi buat mereka juga. Kita kena kembali bangkit,” kongsinya lagi.

Pesanan Buat Diri Dinobatkan Lagu Terbaik AIM25

Pesanan Buat Diri dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM25, Siti menganggap kejayaan itu tidak akan mampu dicapai tanpa sentuhan dua figura penting di sebalik karya berkenaan, iaitu komposer, Aubrey Suwito dan Habsah Hassan.

Siti Nurhaliza Kagumi Kehebatan Habsah Hassan, Sering Hasilkan Karya Dekat Dengan Jiwa - “Ketika Sampaikan Lagu Ini, Saya Berada Dalam Keadaan Sayu...” Siti Nurhaliza Kagumi Kehebatan Habsah Hassan, Sering Hasilkan Karya Dekat Dengan Jiwa - “Ketika Sampaikan Lagu Ini, Saya Berada Dalam Keadaan Sayu...”

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Kita tidak boleh menidakkan kelebihan yang ada dalam kategori lagu terbaik ini. Walaupun ia kedengaran seperti lagu asli yang telah diubah dengan susunan muzik terkini, namun karya ini masih kuat untuk kita hayati.

“Lagu ini juga berjaya memberikan impak kepada pendengar. Bila dapat sahaja lagu daripada Aubrey, saya tidak berfikir panjang. Hampir kesemua lagu di dalam album saya adalah lagu rancak.

“Pada saya, lagu ini punyai keistimewaan dan kunikan yang tersendiri. Ditambah pula dengan lirik yang sangat kuat daripada Habsah Hassan. Bila dua pencipta bergabung, lagu ini jadi kuat untuk dua sudut,” akhirinya.

Selain memenangi kategori Lagu Terbaik, Siti turut mencipta sensasi apabila meraih tiga lagi anugerah iaitu Vokal Wanita Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Sehari Sebelum Nikah, Ada Pembentangan Belanjawan,” – Syed Saddiq Tangguh Bulan...

Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq memaklumkan dirinya dan bakal isteri, penyanyi dan pelakon Bella Astillah menangguhkan dahulu perancangan berbulan madu.