
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan dia dan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV, pada awalnya merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar dua hingga tiga minggu lalu.
Bagaimanapun menurut Fazley, hasrat untuk menyatukan dua keluarga memerlukan masa memandangkan terdapat beberapa proses yang perlu dilalui.
Malah, Fazley berkata, mereka juga perlu mengambil kira status masing-masing sebagai duda dan janda yang mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga serta anak-anak.


“Kalau mengikut perancangan, dua hingga tiga minggu lalu memang kami sudah bersedia untuk berkahwin. Hati saya memang sudah sampai ke tahap itu.
“Namun, apabila melibatkan penyatuan dua keluarga, ada beberapa proses yang perlu dilalui, termasuk menjaga hati dan menyatukan keluarga.
“Ada juga ‘paperwork’ yang perlu diselesaikan memandangkan kami bukan lagi teruna dan dara, sebaliknya duda dan janda.
“Proses itu mengambil sedikit masa. Buat masa ini, kami sedang menunggu dan memohon semua mendoakan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Fazley berkata demikian ketika ditemui pada sidang media konsert Cuckootopia dan AMT2026 yang berlangsung di Hotel Hyatt Regency, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Bakal Ikut Adat Melayu, Mahu Satukan Dua Keluarga
Mengulas lanjut, Fazley menjelaskan mereka juga merancang untuk melalui proses merisik, bertunang dan seterusnya bernikah sebelum mengumumkan perkembangan tersebut kepada umum.


“Sudah tentu kami akan mengikut adat kerana saya dan DSV masih ada orang tua dalam keluarga.
“Jadi, adat itu akan kami patuhi. Kami akan melalui proses merisik, bertunang, bernikah dan sebagainya sebelum menghebahkannya kepada umum.
“Doakan supaya apa yang kami hasratkan untuk dua keluarga ini dapat disatukan secara halal, Insya-Allah,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Fazley menegaskan dia dan Vida akan tetap mematuhi adat Melayu sebelum melangsungkan perkahwinan.
“Apabila masing-masing sudah mempunyai keluarga dan anak-anak, segala perkara perlu dibincangkan secara telus.
“Bagi saya, adat Melayu perlu dipatuhi dan kita tidak boleh melangkaui mana-mana proses, seperti bertunang sebelum merisik dan sebagainya.
Anda mungkin berminat dengan
“Ada langkah-langkah tertentu yang perlu kita hormati,” ujarnya.
Beri Laluan Kepada Bella Astillah & Syed Saddiq
Dalam pada itu, Fazley turut menjelaskan m dia memahami persoalan orang ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan hubungan mereka.
Namun, dia memilih untuk memberikan ruang kepada pasangan selebriti, Bella Astillah dan Syed Saddiq, yang telah melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu, sebelum berkongsi perkembangan mengenai perancangannya bersama penyanyi lagu I Am Me itu.
“Kami memberikan laluan kepada Syed Saddiq dan Bella terlebih dahulu.
“Selepas itu, mungkin tiba giliran kami pula untuk mengumumkan dan meneruskan apa yang sepatutnya dilaksanakan, Insya-Allah,” jelasnya.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

