
Pelakon Nelydia Senrose menitipkan ucapan menyentuh jiwa bersempena ulang tahun kelahiran suaminya, Mohd Hafez Halimi, yang ke-42.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Nelydia meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menyaksikan suami tercinta kini menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada cahaya mata sulung mereka.


“Melihat awak bergelar seorang bapa merupakan antara kebahagiaan terbesar dalam hidup saya.
“Saya telah mencintai awak melalui pelbagai fasa kehidupan, namun fasa kali ini terasa sangat istimewa.
“Melihat lelaki yang saya cintai selama hampir sedekad kini bergelar ayah kepada anak lelaki kami, membuatkan saya jatuh cinta dengan awak sekali lagi,” tulisnya.
Doa Buat Suami, Syukur Nikmati Fasa Baharu Kehidupan
Dalam masa sama, pelakon drama Setia Hujung Nyawa itu turut mendoakan agar suaminya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta kebahagiaan berpanjangan.
“Semoga Allah sentiasa melindungi hati awak yang baik, mengurniakan rezeki yang melimpah ruah, kesihatan yang baik serta segala kebahagiaan yang selayaknya awak dapat.
“Awak memiliki hati yang sangat baik dan jiwa yang begitu suci, Sayang dan saya sentiasa berdoa agar kehidupan melayan awak sebaik mana awak melayan kami selama ini.
“Saya dan anak lelaki kita sangat bertuah kerana memiliki awak dalam hidup kami. Kami sangat menyayangi awak,” tulisnya lagi.
View this post on Instagram
Nelydia turut meluahkan rasa bertuah kerana berpeluang menyaksikan perjalanan hidup Hafez, daripada seorang lelaki yang dicintainya sehinggalah bergelar bapa kepada anak mereka.
“Sembilan tahun lalu, buat pertama kalinya saya berpeluang meraikan hari lahir awak.
“Kini, selepas sembilan tahun berlalu, kita masih meraikannya bersama, cuma kali ini dengan kehadiran seorang insan kecil yang boleh memanggil awak sebagai ayah.
“Betapa bertuahnya saya kerana dapat menghabiskan semua tahun ini di sisi awak, melihat awak semakin matang, mencintai awak dalam setiap fasa kehidupan serta mencipta begitu banyak kenangan indah bersama.
“Daripada lelaki yang saya jatuh cinta suatu ketika dahulu, kemudian menjadi suami saya dan kini bergelar bapa kepada anak lelaki kita.
“Masya-Allah, kalaulah kita tahu sejak dahulu betapa indahnya kehidupan yang sedang menanti kita,” kongsinya.
Harap Terus Cipta Kenangan Bersama
Mengakhiri perkongsian, Nelydia turut berharap agar mereka terus diberi peluang untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama sehingga ke usia tua.
Anda mungkin berminat dengan


“Terima kasih kerana memberikan saya begitu banyak sebab untuk terus bersyukur dengan kehidupan yang kita bina bersama.
“Semoga kita dapat meraikan lebih banyak ulang tahun kelahiran, meniti usia tua bersama dan melihat keluarga kecil kita terus membesar.
“Saya tetap akan memilih awak dalam setiap fasa kehidupan, Sayang. Alhamdulillah for you, always,” akhirinya.
Untuk rekod, Nelydia dan Hafez mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019 dan mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada Julai lalu selepas tujuh tahun penantian.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

