
Pelakon dan pengarah teater, Puan Seri Tiara Jacquelina terkejut dengan sambutan luar biasa penonton yang ‘berjuang’ untuk mendapatkan tiket pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical 2026 (PGLM2026).
Menurut Tiara, sebanyak 23,000 tiket berjaya dijual dalam tempoh dua jam, manakala 22,000 lagi individu difahamkan masih berada dalam senarai menunggu.
“Sebanyak 23,000 ribu tiket berjaya terjual dalam masa dua jam. Saya rasa hal ini tidak pernah terjadi dalam apa sahaja bentuk persembahan di Malaysia.
“Itu membuktikan masih ada orang yang nak menonton PGL.
“Dalam talian, masih ada 22,000 orang yang berada di dalam senarai menunggu. Saya juga berasa kasihan dengan mereka. Saya mohon maaf kerana ini bukanlah projek teater saya.
“Kalau boleh, kita nak cuba masukkan sahaja semua orang di dalam panggung. Ada yang sampai merayu dan bagitahu mereka sanggup berdiri atau duduk di tangga,” katanya kepada MH.
Tiara berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan PGLM2026 di Enfiniti (M) Sdn. Bhd., Petaling Jaya, baru-baru ini.
Bincang Tambah Hari Pementasan
Mengulas lanjut, Tiara memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk menambah hari pementasan, namun perkara itu masih dalam peringkat perbincangan.
“Malangnya, kita tidak boleh nak panjangkan lagi hari tayangan kerana selepas PGL, ada pementasan lain pula yang akan menggunakan panggung itu.
“Mereka sudah pun susun jadual lebih awal. Bagaimanapun kita masih lagi dalam proses perbincangan untuk melihat bagaimana perancangan tayangan ini.
“Bayangkan jika 22,000 orang menunggu itu dia beli tiket untuk dua orang atau sekeluarga, jumlahnya lagi berganda.
“Kita juga agak terkilan, jika kita tahu sambutannya begini, kita akan tetapkan hari pementasan lebih panjang. Mungkin sehingga 40 hari,” ujarnya lagi.

Baca Artikel Lain;
Azam PGLM2026 Jadi Pementasan Terbaik
Dalam pada itu, ditanya sama ada dirinya bimbang dengan jangkaan tinggi penonton, khususnya dalam kalangan peminat tegar PGLM, Tiara sebaliknya menyuarakan keyakinan bahawa karya berkenaan bakal menjadi antara pementasan terbaik yang pernah dihasilkan di negara ini.
Anda mungkin berminat dengan
“Saya sebenarnya lebih cerewet daripada segala penonton yang ada di dunia ini. Anda boleh tanya sendiri kepada barisan pelakon.
“Bila kita selesai satu menjayakan sesuatu babak, keesokkannya pasti ada perkara yang nak saya tambah baik.
“Selagi tak selesai pementasan terakhir, selagi itulah kita boleh perbaiki. Inilah yang menarik tentang teater. Saya seorang yang perfectionist. Saya selalu tekan diri sendiri.
“Kalau orang lain nak nilai saya, biarlah saya nilai diri saya dulu. Saya tidak akan pentaskan PGL selagi ia belum sempurna.
“Saya akan pastikan tiada pementasan lain di Malaysia yang boleh jadi lebih baik daripada PGL. Itu janji saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

