Ads

“Cik B Memang Anak Yang Hebat,” – Rita Rudaini Kagum Cara Anak Gadis DSV Bawa Diri, Sifatkan Sebagai Antara Ikon Gen-Z Yang Positif & Matang

­Pelakon Rita Rudaini kagum dengan sikap dan kematangan anak perempuan usahawan, Datuk Seri Vida iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B yang disifatkannya sebagai anak muda yang penuh dengan adab.

Menerusi satu hantaran di Threads, Rita mendedahkan pertemuannya bersama bekas peserta Talk To My Manager itu baru-baru ini meninggalkan kesan kepadanya.

Rita turut berkongsi mengenai Cik B kepada anak-anaknya selepas pulang ke rumah.

"Cik B Memang Anak Yang Hebat,” - Rita Rudaini Kagum Cara Anak Gadis DSV Bawa Diri, Sifatkan Sebagai Antara Ikon Gen-Z Yang Positif & Matang

"Cik B Memang Anak Yang Hebat,” - Rita Rudaini Kagum Cara Anak Gadis DSV Bawa Diri, Sifatkan Sebagai Antara Ikon Gen-Z Yang Positif & Matang

“Semalam saya jumpa Cik B. Berborak macam-macam dengan Gen-Z ni, tapi entah kenapa, borak tu terbawa-bawa sampai saya balik rumah.

“Sampai rumah saya cerita dekat anak-anak saya pasal Cik B. Tak habis lagi… anak sulung saya call pukul 12.30 malam, saya sambung lagi cerita pasal Cik B,” tulisya.

Kagum Cara Cik B Bawa Diri

Tambah Rita, perkara yang paling menyerlah pada diri Cik B bukanlah apa yang dimilikinya, sebaliknya cara dia membawa diri ketika berhadapan dengan orang lain.

"Cik B Memang Anak Yang Hebat,” - Rita Rudaini Kagum Cara Anak Gadis DSV Bawa Diri, Sifatkan Sebagai Antara Ikon Gen-Z Yang Positif & Matang

"Cik B Memang Anak Yang Hebat,” - Rita Rudaini Kagum Cara Anak Gadis DSV Bawa Diri, Sifatkan Sebagai Antara Ikon Gen-Z Yang Positif & Matang

Ads

“Kenapa sampai macam tu sekali? Sebab adab dia. Cik B mungkin ada segalanya, tapi apa yang paling menyerlah pada saya bukan apa yang dia miliki, tapi cara dia membawa diri.

“Apa saja kami borak, apa saja kami tanya, dia jawab dengan sangat matang, tenang dan cool.

“Kadang-kadang saya sampai terfikir… ‘Eh, siapa sebenarnya Gen Z ni’ Kami ke Cik B?”

“Bila dia cerita bagaimana dia handle keadaan bila mama marah, cara dia berfikir, cara dia melihat sesuatu. Saya kagum.

“Saya dah jumpa ramai orang dalam hidup, tapi jarang saya jumpa anak muda seusia dia yang begitu matang, tenang dan tahu membawa diri.

“Patutlah Datuk Vida selalu panggil dia, Cik B, anak mama yang hebat. Ya… saya akui.

Ads

"Cik B Memang Anak Yang Hebat,” - Rita Rudaini Kagum Cara Anak Gadis DSV Bawa Diri, Sifatkan Sebagai Antara Ikon Gen-Z Yang Positif & Matang

"Cik B Memang Anak Yang Hebat,” - Rita Rudaini Kagum Cara Anak Gadis DSV Bawa Diri, Sifatkan Sebagai Antara Ikon Gen-Z Yang Positif & Matang

“Cik B memang anak yang hebat. Dan yang paling mahal pada dirinya ialah adab,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama, pelakon filem Mami Jarum itu berkongsi momen bersama Cik B yang sentiasa mempunyai jawapan terhadap apa sahaja topik yang dibualkan.

“Bagi saya Cik B ni macam ChatGPT versi manusia. Borak apa pun, semua ada jawapan.

Ads

“Bezanya jawapan dia datang dengan ketenangan, positif dan kadang-kadang buat kita yang lebih berusia pula terfikir,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Anggap Cik B Boleh Dijadikan Contoh

Sementara itu, Rita berpendapat Cik B bukan sekadar anak muda yang berjaya, malah mempunyai ciri-ciri yang boleh dijadikan contoh oleh generasi muda hari ini.

"Cik B Memang Anak Yang Hebat,” - Rita Rudaini Kagum Cara Anak Gadis DSV Bawa Diri, Sifatkan Sebagai Antara Ikon Gen-Z Yang Positif & Matang

"Cik B Memang Anak Yang Hebat,” - Rita Rudaini Kagum Cara Anak Gadis DSV Bawa Diri, Sifatkan Sebagai Antara Ikon Gen-Z Yang Positif & Matang

“Cik B bukan sekadar anak muda yang berjaya. Pada saya, dia antara ikon Gen-Z yang baik untuk anak-anak muda jadikan contoh…beradab, cool, positif, matang dan tahu siapa dirinya.

“Dan di sebalik seorang anak seperti Cik B, tentunya ada seorang ibu yang membesarkannya melalui begitu banyak perjalanan hidup.

“Tahniah Mama, kerana membesarkan seorang Cik B. Banyak benda boleh dibeli dengan duit.

“Tapi adab, kematangan dan cara membawa diri ..itu kekayaan yang sebenar,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Liyana Jasmay Hanya Mahu Perkenal Tajuk Baharu Filem, Baju ‘Pemuja Syaitan’...

Ada warganet yang mengkritik gara-gara mengenakan baju-t yang tertera tulisan ‘Pemuja Syaitan’, pengarah dan pelakon, Liyana Jasmay menjelaskan dia dan barisan pelakon lain tidak mempunyai sebarang maksud tersirat.