Ads

“Artis Senior Tak Perlu Mengecilkan Pelapis Untuk Buktikan Kebesaran” – Fauziah Nawi Seru Jangan Lokek Kongsi Ilmu

Bintang legenda, Datuk Fauziah Nawi menyeru golongan artis senior agar tidak bersikap sombong atau lokek berkongsi ilmu dengan pendatang baharu.

Sebaliknya, mereka perlu bersikap terbuka dalam membimbing generasi pelapis yang bakal meneruskan legasi industri seni tanah air.

“Artis Senior Tak Perlu Mengecilkan Pelapis Untuk Buktikan Kebesaran” - Fauziah Nawi Seru Jangan Lokek Kongsi Ilmu

Menurut Fauziah, kematangan seseorang artis bukan sekadar bergantung pada tempoh penglibatannya dalam industri, sebaliknya kesediaan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan generasi seterusnya turut memainkan peranan penting.

“Artis Senior Tak Perlu Mengecilkan Pelapis Untuk Buktikan Kebesaran” - Fauziah Nawi Seru Jangan Lokek Kongsi Ilmu

“Kematangan seorang artis senior bukan hanya diukur melalui berapa lama dia berada dalam industri, tetapi melalui kesediaannya berkongsi ilmu dan membesarkan generasi selepasnya,” tulisnya.

Ads

Pandangan itu disuarakan oleh pelakon telefilem Pondok Buruk itu menerusi hantaran di aplikasi Threads.

Artis Senior Perlu Beri Ruang Kepada Pelapis

Dalam masa sama, Fauziah turut menasihati rakan-rakan seangkatan agar tidak memperkecilkan kemampuan pendatang baharu.

Sebaliknya, mereka perlu memberi ruang dan peluang kepada golongan itu untuk mengembangkan bakat serta membuktikan potensi diri dalam industri seni.

“Artis Senior Tak Perlu Mengecilkan Pelapis Untuk Buktikan Kebesaran” - Fauziah Nawi Seru Jangan Lokek Kongsi Ilmu “Artis Senior Tak Perlu Mengecilkan Pelapis Untuk Buktikan Kebesaran” - Fauziah Nawi Seru Jangan Lokek Kongsi Ilmu

Ads

“Artis senior tidak perlu mengecilkan pelapis untuk membuktikan kebesarannya.

Besarnya seorang seniman terserlah apabila dia mampu membantu orang lain menjadi lebih baik daripada dirinya,” ujarnya lagi.

Teguran Perlu Disertai Kesediaan Membimbing

Sementara itu, Fauziah berpandangan bahawa tidak salah bagi artis senior untuk mengkritik kelemahan pendatang baharu.

Namun, teguran tersebut seharusnya disertai kesediaan untuk membimbing dan berkongsi ilmu bagi membantu mereka memperbaiki diri.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Artis Senior Tak Perlu Mengecilkan Pelapis Untuk Buktikan Kebesaran” - Fauziah Nawi Seru Jangan Lokek Kongsi Ilmu

“Kita tidak mengharapkan semua artis senior
menjadi guru.

“Tetapi apabila mereka memilih untuk bersuara tentang kelemahan pelapis, alangkah baiknya jika suara itu turut membawa penyelesaian.

“Menegur itu hak. Membimbing itu sumbangan. Mewariskan ilmu itu legasi,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Ramai Yang Ada ‘Denial Syndrome’, Rasa Akan Popular Sampai Bila-Bila,” –...

Penyanyi, Shahir Zawawi menyasarkan untuk memperlahankan kerjaya nyanyiannya apabila mencecah usia 40 tahun bagi memberi ruang kepada pendatang baharu mencipta nama dalam industri muzik tempatan.