Ads

“Ramai Yang Ada ‘Denial Syndrome’, Rasa Akan Popular Sampai Bila-Bila,” – Shahir Mahu Perlahankan Kerjaya Selepas Usia 40 Tahun

Penyanyi, Shahir Zawawi menyasarkan untuk memperlahankan kerjaya nyanyiannya apabila mencecah usia 40 tahun bagi memberi ruang kepada pendatang baharu mencipta nama dalam industri muzik tempatan.

Menurut Shahir, keputusan itu bukan kerana dirinya merajuk atau mahu menjauhkan diri daripada industri seni. Sebaliknya, dia merasakan sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada generasi baharu menyerlah menerusi bakat masing-masing.

“Ramai Yang Ada ‘Denial Syndrome’, Rasa Akan Popular Sampai Bila-Bila,” - Shahir Mahu Perlahankan Kerjaya Selepas Usia 40 Tahun

“Alhamdulillah, buat masa ini saya masih aktif menyanyi. Sebenarnya saya sudah menyasarkan pada usia 40 tahun, iaitu dua tahun lagi untuk saya betul-betul berjuang sebelum ‘slow down’.

“Saya tidak merajuk dengan industri, tetapi sebab saya rasa mungkin bukan zaman saya lagi. Saya juga melihat lahirnya ramai adik-adik baharu, jadi saya mahu meraikan mereka,” katanya kepada MH.

Bekas juara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8) itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Gegar Vaganza 13 (GV13), baru-baru ini.

Ads

Tak Mahu Terperangkap Dalam ‘Denial Syndrome’

Katanya lagi, dia juga tidak mahu terperangkap dalam sindrom penafian sehingga sukar menerima hakikat bahawa populariti seseorang anak seni tidak semestinya kekal sepanjang masa.

“Ramai Yang Ada ‘Denial Syndrome’, Rasa Akan Popular Sampai Bila-Bila,” - Shahir Mahu Perlahankan Kerjaya Selepas Usia 40 Tahun

“Bahkan, saya juga takut sebab saya tengok sebelum ini ramai orang yang ada ‘denial syndrome’ (sindrom penafian), di mana dia rasa akan terus popular dan popular sampai bila-bila, dan tidak boleh nak menerima kejatuhan populariti,” katanya.

Mengakui pernah melalui pengalaman sama ketika mula-mula melangkah ke dunia seni, Shahir tidak mahu penyanyi generasi baharu berdepan perasaan sedih apabila kehadiran mereka seolah-olah kurang disenangi oleh artis-artis senior.

Ads

“Ramai Yang Ada ‘Denial Syndrome’, Rasa Akan Popular Sampai Bila-Bila,” - Shahir Mahu Perlahankan Kerjaya Selepas Usia 40 Tahun“Kejatuhan populariti itu bagi saya normal, lagi-lagi saya rasa program realiti terlalu banyak dan artis pun semakin bertukar ganti.

“Bagi saya sebab pernah melalui keadaan ini ketika jadi artis baharu dulu, dan apabila melihat ‘yang lama’ tidak ‘welcome’ kita, rasa agak sedih.

“Pada saya perkara itu normal. Jadi, saya tak mahu mereka lalui hal sama seperti itu. Saya belajar daripada situasi itu.

Sedia Beri Laluan Kepada Generasi Baharu

“Ramai Yang Ada ‘Denial Syndrome’, Rasa Akan Popular Sampai Bila-Bila,” - Shahir Mahu Perlahankan Kerjaya Selepas Usia 40 Tahun

Anda mungkin berminat dengan

Ads

“Sebab itu saya selalu berpesan kepada diri, bila tiba masanya, kita kena undur diri dan berikanlah tempat itu kepada mereka yang baharu,” akhirinya.

GV Fantasia bakal bersiaran bermula 8 November ini menerusi saluran Astro Ria, Astro Go dan sooka.

Selain Shahir, antara barisan peserta yang turut bertanding termasuklah Mawi, Stacy, Firman, Vince, Zahid, Mila, Faizal dan Faizul.

Empat lagi peserta kini masih menjadi tanda tanya dan bakal diumumkan pada konsert minggu pertama.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Baru Buat Comeback Terus Masuk GV13, Mila Jirin Tak Rasa Ada...

Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin mengakui masih berasa gugup menjelang konsert minggu pertama Gegar Vaganza 13 (GV13) yang bakal berlangsung pada 8 November ini, meskipun baru sahaja membuat kemunculan semula menerusi pelancaran single terbaharunya, Cukup Sudah Cukup.