Ads

“Mummy Tersenyum Dalam Kesedihan Sebab…,” – Watie Sebak Thalita & Matin Turut Ditanya Isu Hubungan Dengan Shuib, Terharu Dengar Jawapan Anak-Anak

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah meluahkan rasa sebak apabila anak-anak, Thalita dan Matin, turut menerima pertanyaan berhubung dakwaan yang mengaitkan hubungannya dengan suami ketika arwah ibu mereka, penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah masih hidup.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Watie berkongsi perbualan bersama Thalita dan Matin yang menceritakan pertanyaan mengenai isu berkenaan.

Menurut Watie, perkara tersebut dikongsikan ketika mereka sekeluarga berkumpul sebelum tidur, yang sememangnya menjadi rutin harian untuk bercerita tentang pengalaman masing-masing.

“Mummy Tersenyum Dalam Kesedihan Sebab…,” - Watie Sebak Thalita & Matin Turut Ditanya Isu Hubungan Dengan Shuib, Terharu Dengar Jawapan Anak-Anak

“Mummy Tersenyum Dalam Kesedihan Sebab…,” - Watie Sebak Thalita & Matin Turut Ditanya Isu Hubungan Dengan Shuib, Terharu Dengar Jawapan Anak-Anak

“Cerita semalam moga kita sama-sama jadikan pengajaran.

“Rutin sebelum tidur, semua akan berkumpul di katil bilik Mummy dan Daddy and akan ada cerita setiap seorang untuk dikongsi bersama-sama setiap hari.

“Hari inikan Mummy, ada teacher matin dan thalita yang tanya dekat kitorang ayah you okay, mummy you okay…

Ads

“And ada kawan-kawan yang bertanya betul ke ‘Mummy and Daddy you ada hubungan time your ibu masih hidup lagi’,” ujar anak-anaknya.

Sebak Dengan Jawapan Thalita & Matin

Bagaimanapun, Watie mengakui tersentuh dan berbangga dengan cara kedua-dua anaknya itu menjawab pertanyaan berkenaan tanpa terburu-buru membuat sebarang kesimpulan.

“Mummy tersenyum dalam kesedihan sebab…

“Jawapan yang anak-anak Mummy bagi betul betul buat Mummy rasa bangga dan syukur punya anak yang sebegini…,” tulisnya.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

 Malah, Watie turut berkongsi nasihat yang diberikan Thalita dan Matin kepada rakan-rakan mereka agar lebih berhati-hati ketika bercakap atau menulis sesuatu mengenai orang lain.

“Tata cakap dengan mereka sebenarnya ini bukan ujian Mummy dan Daddy saya seorang tapi ni pengajaran untuk kita supaya kita semua kena jaga mulut, jaga penulisan, jangan pernah bercakap pasal orang yang mungkin akan menjadi fitnah.

“Matin pun cakap lepas ni apa yang dalam media sosial tu, kalau kita terbaca jangan terus percaya dan tuduh. Sebab benda tu berlaku dekat dalam family aku..,” kongsi anak-anaknya lagi.

Hargai Sokongan & Kepercayaan Anak-Anak

Dalam hantaran sama, Watie turut menzahirkan penghargaan terhadap anak-anaknya yang disifatkan cukup matang dalam berdepan situasi tersebut.

Ads

Jelasnya, sokongan dan kepercayaan daripada anak-anak menjadi perkara paling bermakna buat dirinya ketika berdepan pelbagai dakwaan yang timbul.

Anda mungkin berminat dengan

“Mummy Tersenyum Dalam Kesedihan Sebab…,” - Watie Sebak Thalita & Matin Turut Ditanya Isu Hubungan Dengan Shuib, Terharu Dengar Jawapan Anak-Anak

“Mummy Tersenyum Dalam Kesedihan Sebab…,” - Watie Sebak Thalita & Matin Turut Ditanya Isu Hubungan Dengan Shuib, Terharu Dengar Jawapan Anak-Anak

“Terima kasih anak-anak. Di waktu dan ketika ini tiada apa yang lebih penting dalam dunia ini selain dari kekuatan, pandangan dan pertahanan dari kata-kata yang datang dari anak-anak Mummy dan Daddy,” luahnya.

Sebelum ini, hubungan Watie dan Shuib menjadi perhatian susulan ada dakwaan yang mendakwa pasangan itu sudah berkenalan ketika arwah Siti Sarah masih hidup.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, iaitu Akira Juwita Zahra.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Ara Johari Kongsi Detik Cemas Tersekat Di Dalam Lif, 40 Minit...

Penyanyi Ara Johari berkongsi detik cemas apabila dia terperangkap di dalam lif ketika menghadiri sebuah acara di Sarawak, baru-baru ini.