Ads

Sarimah Ibrahim Pesan Agar Tak Banding Kehidupan, Setiap Individu Ada ‘Timeline’ Sendiri – “Ada Kahwin Awal, Tapi Bertahun Struggle Dalam Relationship.”

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berpendapat kejayaan yang dipaparkan seseorang di media sosial tidak semestinya mencerminkan kebahagiaan sebenar di dalam kehidupan mereka.

Menerusi satu hantaran di Threads, dia percaya setiap individu mempunyai perjalanan hidup serta cabaran tersendiri yang tidak seharusnya dibandingkan dengan orang lain.

Sarimah Ibrahim Pesan Agar Tak Banding Kehidupan, Setiap Individu Ada 'Timeline' Sendiri - “Ada Kahwin Awal, Tapi Bertahun Struggle Dalam Relationship.”

Sarimah Ibrahim Pesan Agar Tak Banding Kehidupan, Setiap Individu Ada 'Timeline' Sendiri - “Ada Kahwin Awal, Tapi Bertahun Struggle Dalam Relationship.”

“Pernah tak rasa macam semua orang dah jauh ke depan, except kita?

“Scroll media sosial, orang beli rumah, orang kahwin atau dapat anak, orang dapat promotion atau menang sesuatu, orang launch business atau bawa kereta power.

“Orang pergi holiday, senyum je, insta perfect. Kita setakat nak fikir nak balik ikut jalan mana,” tulisnya.

Tambah Sarimah, situasi sedemikian boleh membuatkan seseorang berasa ketinggalan apabila melihat orang lain seolah-olah sudah mencapai pelbagai perkara dalam kehidupan mereka.

“Tapi seriously, kita tengok hidup orang lain dan rasa macam kita ni lambat sangat.

“Macam semua orang dah sampai somewhere, tapi kita masih figuring things out,” kongsinya lagi.

Ads

Setiap Orang Ada Perjalanan Hidup Tersendiri

Bagaimanapun, pelakon drama Lelaki Itu itu turut mengingatkan bahawa seseorang sebenarnya tidak mengetahui sepenuhnya perkara yang sedang dilalui oleh individu lain di sebalik kehidupan yang dipaparkan di media sosial.

Sarimah Ibrahim Pesan Agar Tak Banding Kehidupan, Setiap Individu Ada 'Timeline' Sendiri - “Ada Kahwin Awal, Tapi Bertahun Struggle Dalam Relationship.”

Sarimah Ibrahim Pesan Agar Tak Banding Kehidupan, Setiap Individu Ada 'Timeline' Sendiri - “Ada Kahwin Awal, Tapi Bertahun Struggle Dalam Relationship.”

“Cuma.. kita sebenarnya tak tahu pun apa yang mereka sedang lalui.

“Ada orang kahwin awal tapi bertahun-tahun struggle dalam relationship.

“Ada orang nampak berjaya tapi dah lama tak rasa tenang.

Ads

“Ada orang umur 45 baru jumpa apa yang dia betul-betul nak buat dalam hidup, bukannya happy.

“And some people have to start all over again. At 30. At 40. At 50. At 60!

“So siapa sebenarnya yang tertinggal?,” soalnya.

Jangan Terlalu Sibuk Melihat Kemajuan Orang Lain

Dalam pada itu, Sarimah turut menasihatkan orang ramai agar tidak terlalu sibuk memerhatikan perkembangan hidup orang lain sehingga terlupa untuk menghargai perjalanan sendiri.

Sarimah Ibrahim Pesan Agar Tak Banding Kehidupan, Setiap Individu Ada 'Timeline' Sendiri - “Ada Kahwin Awal, Tapi Bertahun Struggle Dalam Relationship.”

“Entahlah. Kadang-kadang kita terlalu sibuk tengok progress orang lain, tapi kita pun dah jauh berjalan sebenarnya. Dari kita yang dulu.

Ads

“Cuma kita tak perasan sebab kita yang hidup dan lalui setiap hari dan perubahan tu,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan Sarimah, selain berkongsi pengalaman yang sama.

Berikut antara komen yang ditinggalkan warganet;

“Setuju sangat. I’ve stopped comparing myself with other people sebab masing-masing. ada perjalanan sendiri.

“Bila hidup tak dibandingkan, akan jauh lebih tenang. Timeline setiap orang tak sama.

“A wise words indeed. Everything looks fine and fun in social media but not real world.

“Thanks Che Puan. macam tahu-tahu je apa yang kita tengah fikir, may Allah ease your journey too!

“I love your perspective Che Puan Sarimah, my deep subconscious worries ditenangkan dengan kata kata wise che puan”.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Lebih Selesa Begini…,” – Sophia Albakarakbah Suka Kerjaya Seni Lebih Diberi...

Pelakon Sophia Albarakbah mengakui dirinya kini lebih gembira apabila dikenali menerusi hasil lakonan dalam drama dan filem berbanding kontroversi yang melibatkan kehidupan peribadinya.