Ads

“Bukan Sekadar Bertanding,” – 34 Influencer Dari 9 Negara Bakal Berentap! All Star Championship 2026 Gabung Sukan, Digital & Pelancongan

All Star Championship (ASC) 2026
All Star Championship (ASC) 2026

All Star Championship (ASC) 2026 bukan sekadar menghimpunkan influencer untuk beradu kekuatan di gelanggang, sebaliknya menjadi platform yang menggabungkan sukan, kandungan digital, hiburan dan pelancongan bagi memperkenalkan Malaysia kepada komuniti antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif All Star Championship, Dato’ Abd Rahman Soltan berkata, penganjuran edisi kali ini dirancang dengan skala lebih besar bagi menjadikan ASC sebagai sebuah acara antarabangsa yang bukan sahaja menarik perhatian peminat sukan, malah mampu memberikan nilai tambah kepada promosi Malaysia.

“ASC bukan hanya tentang siapa menang atau kalah di dalam gelanggang. Kita mahu bina satu platform yang menggabungkan sukan, digital, hiburan dan pelancongan dalam satu pengalaman.

“Apabila kita bawa masuk influencer dari pelbagai negara, mereka bukan sahaja datang untuk bertanding, tetapi mereka juga membawa komuniti dan audiens masing-masing untuk mengenali Malaysia,” katanya.

Menurutnya lagi, kekuatan utama ASC terletak pada pengaruh digital peserta yang mampu menghasilkan kandungan secara langsung kepada jutaan pengikut di negara masing-masing.

“Ini yang kita lihat sebagai satu peluang besar. Influencer mempunyai kemampuan untuk membawa cerita tentang Malaysia terus kepada audiens mereka, sama ada mengenai makanan, budaya, gaya hidup mahupun destinasi pelancongan.

“Jadi kita mahu ASC menjadi sebahagian daripada usaha memperkenalkan Malaysia sebagai destinasi acara antarabangsa, lebih-lebih lagi ketika kita sedang menggerakkan kempen Visit Malaysia 2026,” katanya.

ASC 2026 akan berlangsung di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur pada 17 Oktober depan dengan menghimpunkan 34 influencer dari sembilan negara iaitu Malaysia, Indonesia, India, Pakistan, Filipina, Vietnam, Jepun, Nigeria dan Morocco.

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/influencer-selebriti-termasuk-trisha-ooi-masuk-gelanggang-bertinju-7-negara-berentap-dalam-all-star-championship-dubai-edition/

“Bukan Sekadar Bertanding,” - 34 Influencer Dari 9 Negara Bakal Berentap! All Star Championship 2026 Gabung Sukan, Digital & Pelancongan “Bukan Sekadar Bertanding,” - 34 Influencer Dari 9 Negara Bakal Berentap! All Star Championship 2026 Gabung Sukan, Digital & Pelancongan

Dari Malaysia Ke Dubai, ASC Terus Perluas Pengaruh

Dato’ Abd Rahman menambah, perkembangan ASC daripada edisi Malaysia tahun lalu kepada Dubai pada April lalu membuktikan format kejohanan itu mempunyai potensi untuk berkembang sebagai platform antarabangsa.

Ads

“Selepas Malaysia dan Dubai, kita mahu ASC terus berkembang. Tahun ini kita bukan sahaja menambah jumlah peserta, tetapi turut memperluaskan representasi negara dan komuniti yang terlibat.

“Bagi kami, ini adalah satu perjalanan untuk membina ASC sebagai platform antarabangsa yang mampu menghubungkan influencer, peminat sukan dan industri pelancongan,” katanya.

Beliau berkata, pada masa sama, aspek persediaan dan disiplin peserta turut diberi perhatian bagi memastikan mereka memahami tanggungjawab apabila memasuki gelanggang.

“Apabila mereka masuk ke gelanggang, mereka bukan lagi sekadar influencer. Mereka perlu bersedia seperti seorang atlet, mempunyai disiplin, komitmen dan keberanian untuk mencabar diri.

Ads

“Kita mahu tunjukkan kepada generasi muda bahawa pengaruh digital boleh digunakan untuk membawa mesej positif tentang sukan, kecergasan, disiplin dan gaya hidup aktif,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Antara peserta yang bakal berentap ialah Amir Harris, Jai JMT, Mikha, Fareez, Ikmal Dany, Ijat Separuh Rempit, Arai, Fariq Mcfly, Adan, Smokey MJ, Cemanzz, Dan, Raheem Hakim, Royspark dan Oyot dari Malaysia.

Turut menyertai kejohanan ialah Chima, Kumala, Wawan, Cogan, Ayu Aulia, Elsa Nabila dan Abdi dari Indonesia; Gulfishan dari India; Abrar, Zainab dan Hira dari Pakistan; Altina dari Filipina; Filip dari Vietnam; Takaharu dari Jepun serta KRU dan Hicham dari Morocco.

ASC 2026 menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 dan menjadi kesinambungan kepada kejohanan edisi Malaysia pada tahun lalu serta Dubai Edition pada April lalu.

Bagi Dato’ Abd Rahman, matlamat ASC bukan semata-mata melahirkan juara, tetapi membina sebuah platform yang mampu menghubungkan sukan dan dunia digital dengan peluang lebih besar untuk Malaysia.

“Kita mahu setiap peserta yang datang pulang dengan pengalaman tentang Malaysia, dan pada masa sama membawa cerita itu kepada jutaan pengikut mereka.

“Kalau kita boleh gabungkan pertandingan yang kompetitif dengan kandungan digital dan pengalaman pelancongan, saya percaya ASC boleh menjadi satu platform yang memberikan impak lebih jauh daripada sekadar sebuah kejohanan,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Zahida Rafik

Zahida Rafik Belum Rancang Kembali Aktif Berlakon, Fokus Jaga Keluarga &...

Pelakon Zahida Rafik mendedahkan dirinya sudah lama meninggalkan dunia seni dan buat masa ini belum mempunyai sebarang perancangan untuk kembali bergiat aktif dalam bidang...